web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KBS, PSM Lakukan Forensik Struktur Stadium Nasional Bukit Jalil Sebelum Baiki

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2022 9:53PM

Keadaan padang di SNBJ yang teruk ketika perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia menentang Bahrain pada Sabtu lalu telah mengundang kecaman netizen. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengarahkan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) supaya berhubung dengan perunding berkaitan bagi menjalankan forensik struktur di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ia bagi menilai kerosakan padang stadium itu supaya kerja pembaikan yang awalnya dirancang pada Mac tahun depan dapat dilaksanakan tidak lama lagi.

“Saya sudah mengarahkan PSM memanggil perunding untuk menjalankan forensik struktur stadium.

“Bangunan ini sudah lama dibina dan kami tidak membuat sebarang penilaian struktur sejak Sukan Komanwel 1998 yang dianjurkan di situ.

“Kita perlu tahu apa yang harus dilakukan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucapan penggulungan pada persidangan Parlimen Belia di Hotel Tenera di sini hari ini.

 Ahmad Faizal Azumu - Gambar fail
Ahmad Faizal Azumu - Gambar fail

Tambahnya, KBS juga akan mengadakan mesyuarat dengan Ahli Lembaga Pengarah PSM bagi membincangkan proses perolehan pembaikan stadium, sebelum ia diteruskan dengan Kementerian Kewangan.

“Hasil mesyuarat itu, kita akan bawa perkara ini kepada Kementerian Kewangan supaya keputusan perolehan boleh dibuat,” katanya.

Menurut Faizal, pihaknya juga akan mempertimbangkan untuk menaik taraf padang bola sepak berdasarkan kualiti sama digunakan di Stadium Sultan Ibrahim di Johor.

Jelasnya, walaupun SNBJ ditutup mulai semalam bagi memberi laluan kepada pembaikan, kemudahan lain boleh digunakan asalkan tidak mengganggu kerja menambah baik padang bola sepak.

Sebaik sahaja KBS dan PSM menerima laporan forensik struktur lengkap, pihak berkenaan akan mengeluarkan laporan bulanan kepada media dan orang ramai untuk mengemaskini perkembangan stadium itu.

Faizal berkata demikian bagi mengulas isu keadaan padang SNBJ yang teruk semasa perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia menentang Bahrain pada malam Sabtu.

Padang itu dipenuhi air sejak jam 7 malam akibat hujan lebat yang berlarutan selama dua jam. - Getaran, 16 Jun 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini