web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Asia B-23: Malaysia Tewas 1-4 Pada Korea Selatan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 8:10AM

Malaysia tewas 1-4 kepada Korea Selatan pada Kejohanan Piala Asia B-23 2022 bagi aksi pembukaan Kumpulan C di Tashkent, Uzbekistan, malam tadi. - Gambar dari Facebook FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan meraih kekalahan sulung dalam kempen Kejohanan Piala Asia B-23 2022 selepas tewas 1-4 kepada juara bertahan Korea Selatan pada aksi pembukaan Kumpulan C di Tashkent, Uzbekistan, malam tadi.

Pada aksi di Stadium Lokomotiv itu, Korea Selatan di bawah bimbingan Hwang Sun-Hong ternyata berada di kelas tersendiri apabila lebih tenang menunggu masa tepat untuk meledak jaringan sementara kegopohan pasukan muda negara di saat akhir membawa padah.

Skuad kebangsaan bimbingan Brad Maloney yang memburu keputusan positif bagi mengubati kekecewaan di Sukan SEA ke-31 baru-baru ini, memulakan permainan dengan lebih banyak bertahan sebelum asakan demi asakan menyaksikan gawang negara akhirnya dibolosi pada minit ke-31.

Jaringan itu dihasilkan ketua pasukan Korea Selatan, Lee Sang-Min yang melompat tinggi untuk menanduk masuk sepakan penjuru sekali gus menjadi gol tunggal perlawanan di babak pertama.

Korea Selatan kemudian hanya memerlukan empat minit selepas memulakan babak kedua untuk menggandakan jaringan menerusi Kim Tae-Hwan yang melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol kebangsaan Muhammad Rahadiazli Rahalim.

Ketinggalan 0-2, Malaysia bangkit memperkemaskan permainan dan berpeluang merapatkan kedudukan, namun percubaan ketua pasukan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi yang telah menewaskan penjaga gol Goh Dong-Min selepas menerima hantaran Quentin Chen gagal tepat ke sasaran.

Muhammad Mukhairi bagaimanapun berjaya mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-83 selepas menyambar hantaran cantik Nik Akif Syahiran Nik Mat sebelum tenang melepaskan rembatan leret menewaskan Dong-Min.

Keghairahan anak buah Maloney memburu jaringan penyamaan membawa padah apabila Korea Selatan bijak menghidu kepincangan barisan pertahanan negara untuk membenarkan pemain gantian Cho Young-Wook meledak dua gol di penghujung permainan.

Dengan kejayaan itu Korea Selatan kini mendahului saingan Kumpulan C sementara satu lagi aksi kumpulan antara Thailand dan Vietnam di Stadium Bunyodkor, Tashkent sedang berlangsung.

Malaysia akan bertemu Thailand Ahad ini sebelum menamatkan saingan kumpulan menentang pemenang pingat emas Sukan SEA ke-31, Vietnam pada 8 Jun dalam merebut dua tempat teratas bagi mara ke pusingan suku akhir.

Sebagai rekod, Skuad B-23 kebangsaan mencipta sejarah layak ke suku akhir kejohanan pada edisi 2018 di China yang menyaksikan mereka tewas 1-2 kepada Korea Selatan. - Bernama

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 11 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar