web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


L'Etape Malaysia, Masa Sesuai Bantu Industri Pelancongan Kembali Bernafas 

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2022 12:00PM

L'Etape adalah acara perlumbaan basikal untuk amatur yang merupakan intipati utama Tour de France di luar Perancis dan akan diadakan di Pantai Desaru pada 4 Jun depan. - Gambar ihsan Muse Group Asia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Penganjuran acara lumba basikal antarabangsa, L'Etape yang pertama kali diadakan di Desaru, Johor bukan sahaja bakal memberi impak positif kepada industri pelancongan di kawasan itu, malah di seluruh negeri. 

Antara yang mendapat limpahan rezeki daripada penganjuran acara ini adalah ratusan hotel bajet di kawasan sekitar termasuk daerah berdekatan.

Timbalan Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) Kebangsaan, Dr Sri Ganesh Michiel berkata, penganjuran acara itu disambut baik dan dilihat sebagai masa yang sesuai setelah pengusaha hotel bajet serta pemain industri pelancongan lain berdepan kesukaran di saat pandemik COVID-19.

"Acara ini akan merancakkan kembali industri pelancongan. Orang ramai akan berkunjung ke kawasan itu. Walaupun ia acara basikal, tetapi ekonomi setempat tetap akan meningkat dan hotel-hotel antaranya akan mendapat limpahan daripada kedatangan pelancong. 

"Bila ada acara antarabangsa, orang luar akan masuk ke Malaysia dan mereka akan pergi ke serata kawasan bukan di lokasi acara mereka sahaja,” katanya kepada Getaran ketika ditemui.

Dr Sri Ganesh Michiel
Dr Sri Ganesh Michiel

Menurut beliau, peminat acara itu pastikan akan melalui pelbagai kawasan atau daerah lain sebelum tiba di Desaru, dan persinggahan itu sedikit sebanyak pasti merancakkan ekonomi setempat. 

“Bukan hanya ketika acara, selepas acara pun pasti mereka akan meluangkan masa bersiar-bersiar, berkunjung ke lokasi terkenal untuk menjamu selera atau membeli produk tempatan. 

“Ini secara tidak langsung membolehkan peniaga dan pemain industri lain turut menerima tempias,” katanya.

Pantai Desaru - Gambar dari Tourism Johor
Pantai Desaru - Gambar dari Tourism Johor

Sri Ganesh berkata, pemilihan Desaru sebagai lokasi penganjuran acara itu amat bersesuaian, bukan sahaja kepada sukan berbasikal tetapi sebagai lokasi pelancongan yang tepat untuk dilawati.

"Apabila Desaru menjadi lokasi penganjuran, ia adalah perkara baik yang turut akan dinikmati di kawasan atau daerah sekitar. Satu perkara yang bagus apabila mereka memilih satu kawasan pelancongan yang sudah ada nama.

"Namun ia kurang dikunjungi sejak dua tahun kita berdepan dengan pandemik, dan pemilihan Desaru ini dilihat tepat pada masanya untuk menaikkan semula kawasan berkenaan," jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menggesa agensi lain memberi sokongan kepada penganjuran acara L'Etape yang bakal berlangsung pada 4 Jun depan, demi menaikkan semula industri pelancongan.

“Saya amat berharap semua ahli MyBHA mengambil peluang yang ada untuk mempromosikan produk mereka berserta pakej yang boleh ditawarkan menjelang penganjuran acara berkenaan

“Walaupun masih ada perniagaan atau pemain industri pelancongan berdepan kekurangan pekerja pasca pandemik, namun apa yang lebih penting adalah memberikan perkhidmatan terbaik dan merebut peluang yang ada,” tegasnya. 

Promosi itu bagaimanapun jelas Sri Ganesh, perlu disusuli dengan perkhidmatan terbaik, tanpa menjadikan kekurangan yang ada sebagai alasan. 

“Memang aspek kekurangan pekerja sesuatu yang tidak dapat dielakkan, tetapi demi menaikkan kembali industri pelancongan dan perhotelan, perkhidmatan terbaik perlu diberikan,” katanya.

L'Etape adalah acara perlumbaan basikal untuk amatur yang merupakan intipati utama Tour de France di luar Perancis dan akan diadakan di Pantai Desaru 4 Jun depan.

Penganjuran acara ini menerima kerjama penuh kerajaan negeri dan The Vibes ada rakan media rasmi. - Getaran, 27 Mei 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad