web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ewe Hock kesal Dengan Senario Badminton Malaysia Yang 'Terkebelakang'

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2022 12:33PM

Ong Ewe Hock - Gambar fail AFP

oleh

T. Vignesh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - 'Lapuk' dan 'terkebelakang' adalah perkataan yang digunakan oleh bekas pemain badminton negara, Ong Ewe Hock bagi menggambarkan senario yang berlaku dalam sukan badminton negara.

Selepas kegagalan Piala Thomas dan Piala Uber di Bangkok, Thailand awal bulan ini, ia membuktikan bahawa Malaysia bukan lagi kuasa dalam sukan berkenaan.

Ini menimbulkan kemarahan Ong, yang menggesa seluruh pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bertanggungjawab di atas keadaan itu dan berundur.

Bercakap kepada The Vibes, Ong berkata, Malaysia sudah ketinggalan zaman dan negara lain telah mengatasi pasukan kebangsaan negara.

Lee Zii Jia - Gambar fail
Lee Zii Jia - Gambar fail

Ong tidak percaya dengan apa yang berlaku kepada badminton Malaysia dan beliau berpendapat sukan itu berada di ambang kemelesetan.

''Denmark mempunyai dua pemain perseorangan yang berada dalam ranking 10 terbaik dunia. Indonesia ada dua. Malaysia, yang pernah menjadi kuasa besar, hanya mempunyai Lee Zii Jia di tempat kelima dan dia bukan pemain BAM.

''Siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini? Bukan salah pemain keseluruhannya, kerana BAM harus bertanggungjawab sepenuhnya dan seluruh pengurusan berundur, memberi peluang kepada yang lain untuk cuba melakukan sesuatu.

''Jelas ada sesuatu yang tidak berfungsi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jadi kenapa orang sama yang menguruskan BAM? Macam mana untuk memperbaikinya kalau ada yang berada di situ selama 20 hingga 30 tahun yang lalu?.

Ong berkata bekas pemain perlu masuk (ke dalam BAM) dan menguruskan BAM serta diberi tempoh dua atau tiga tahun untuk memperbaiki keadaan.

Pada masa sama, beliau menambah, jawatankuasa pemilihan pemain perlu dianggotai ahli bebas supaya tidak ada berat sebelah dalam pemilihan.

''Terdapat ramai pemain yang bagus yang bermain untuk kelab tetapi tidak dipilih bermain untuk negara. Kenapa jadi begitu?

''Jika anda menonton perlawanan antara Malaysia dengan India, pemain perseorangan ketiga kita tidak berada dalam liga yang sama dengan Prannoy H.S.

''Bagaimana anda boleh menurunkan pemain tanpa pengalaman untuk bermain pada perlawanan penentuan?

Beliau berkata, BAM perlu mula bekerjasama rapat dengan kelab, kerana terdapat ramai pemain yang bagus, bermain untuk kelab dan menunggu peluang untuk bermain dengan negara.

''Taiwan mempunyai sistem yang bagus di mana pada setiap Januari dan Julai, negara itu akan mengadakan pertandingan ranking untuk menentukan siapa yang akan mewakili negara. Pemain-pemain di kedudukan 20 terbaik dunia tidak akan mengambil bahagian kerana ia hanya untuk pemain-pemain remaja berada dalam ranking dan bermain untuk negara.

''Semua pemain ini dari kelab-kelab.  

Naib juara Piala Thomas tiga kali itu berkata, sesuatu yang drastik perlu dilakukan segera bagi memastikan badminton Malaysia tidak terus ketinggalan.

Dalam Sukan SEA, Thailand menewaskan Malaysia 3-0 pada perlawanan akhir dalam acara berpasukan, namun secara keseluruhan, BAM mencapai sasaran satu emas, dua perak dan 1 gangsa, ia hambar berbanding temasya di Filipina pada 2019, di mana Malaysia memenangi 3 emas, 2 perak dan 5 pingat gangsa.

''Sukan SEA dahulunya agak mudah bagi kami pada satu ketika. Hanya Indonesia yang memberi saingan kepada kita, tetapi kini, kita kalah kepada negara seperti Thailand dan Singapura. Memang sedih.

''Saya sentiasa dikritik kerana bersuara, tetapi seseorang perlu melakukannya,” kata pemenang pingat emas Sukan SEA 2001 itu. – The Vibes, 25 Mei 2022

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad