Berita Terkini

2 jam yang lalu: Media Arab Saudi buat liputan lawatan PM 2 jam yang lalu: KKD beri perhatian bendung penyebaran ekstremis militan 2 jam yang lalu: PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok 2 jam yang lalu: MAIWP sumbang RM1.7 juta bantu golongan mualaf 2 jam yang lalu: 4 kanak-kanak maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Muar - Bomba

IKUTI KAMI


Terbuka Australia, Hanya 30,000 Penonton Dibenarkan

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2021 9:26AM

Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic beriadah di taman selepas menamatkan tempoh kuarantin di Adelaide - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kejohanan Tenis Terbuka Australia yang bakal berlangsung mulai 8 hingga 21 Februari ini di Melbourne akan menyaksikan bintang tenis beraksi dalam dilema, tatkala dunia masih bergelut dengan pandemik COVID 19.

Persiapan Grand Slam pertama tahun ini telah menerima tamparan akibat penularan COVID 19 mengakibatkan kalender kejohanan itu yang kebiasaannya berlangsung pada minggu ketiga Januari terpaksa ditunda selama tiga minggu.

Kali ini, bagi tujuan keselamatan, kapasiti 30,000 penonton sahaja dibenarkan berada di dalam gelanggang setiap hari bagi tempoh selama lapan hari pertama kejohanan berlangsung.

Jumlah itu akan menurun sebanyak 5,000 orang pada permulaan final.

``Sepanjang tempoh 14 hari, ia bermakna kita akan mempunyai jumlah penonton keseluruhan seramai 390,000 orang, iaitu pengurangan kira-kira 50 peratus daripada purata perlawanan berkenaan beberapa tahun lalu.

``Ia tidak akan sama....tetapi ia akan menjadi acara antarabangsa yang paling signifikan dengan jumlah penonton yang ramai dalam acara dunia, sejak beberapa bulan lalu,'' kata Menteri Sukan, Martin Pakula.

Dalam pada itu para pemain telah menamatkan tempoh kuarantin selama 14 hari sebaik mereka tiba di Australia.

Awal bulan ini, lebih 1,700 pemain dan pegawai sukan telah diterbangkan ke Australia bagi menyertai kejohanan ini dengan menaiki pesawat yang ditempah khas.

Kebanyakan pemain hanya dibenarkan berada di luar bilik hotel selama lima jam sehari untuk berlatih manakala 72 pemain pula dikuarantin sepenuhnya di dalam bilik mereka selepas beberapa kes COVID 19 dikesan di dalam penerbangan. - AFP, 30 Januari

Sorotan

1

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

2

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

3

Ahmad Zahid Sahkan Sulaiman Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sebanyak 97 Peratus Kontrak DNB Diperoleh Secara Bidaan Kompetitif

Sukan 1 hari yang lalu

Zii Jia Kembali Ke BAM?

Semasa 1 hari yang lalu

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

Semasa 12 jam yang lalu

APMM Gagalkan Cubaan Bawa Masuk PATI Di Tanjung Bulat

oleh Aiman Sadiq