web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukan SEA: Yi Wei-Tze Liang Pertahan Emas 3m Papan Anjal Seirama

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2022 7:12PM

Gandingan Yi Wei-Tze Liang menepati jangkaan mempertahankan pingat emas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Seperti dijangka, pasangan negara Chew Yi Wei-Ooi Tze Liang tidak berdepan masalah menghadiahkan pingat emas kedua Malaysia di Sukan SEA ke-31 selepas mengungguli final acara 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini.

Kejayaan itu menyaksikan Yi Wei-Tze Liang berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi 2019 di Filipina.

Pada saingan hari ini, gandingan negara berjaya mengumpul 395.79 mata dalam enam terjunan untuk mengatasi pasangan tuan rumah, Nguyen Tung Duong-Phuong The Anh yang terpaksa berpuas hati dengan perak selepas mengutip 305.64 mata.

Tiada pemenang pingat gangsa apabila hanya dua negara bertanding dalam acara itu.

Pingat emas dimenangi Yi Wei-Tze Liang adalah emas kedua Malaysia pada temasya sukan dwitahunan itu berikutan kejayaan penerjun Nur Dhabitah Sabri merangkul emas acara 1m papan anjal individu wanita pada satu lagi final hari ini.

Esok, Tze Liang akan meneruskan cabaran kem terjun negara apabila bakal turun beraksi dalam acara 1m papan anjal individu lelaki di venue sama.

Sukan SEA ke-31 dijadual bermula dari 12 hingga 23 Mei ini dengan beberapa jenis sukan antaranya bola sepak dan terjun memulakan saingan lebih awal. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Peja Nafi Ketidakstabilan Politik Jadi Punca Program Podium Tak Diteruskan

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Atlet Naturalisasi, Gangguan Seksual Antara Sebab Sasaran Gagal Dicapai

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Kontroversi Sukan SEA: ‘Saya Tidak Akan Minta Maaf Kerana Menghantar Atlet Muda – Hannah

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad