web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MotoGP: Pelumba Aprilia Racing Buat Kejutan Di Hari Pertama Ujian Pramusim

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2022 8:14AM

Espargaro mencatat masa terpantas di sesi ujian pramusim MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang semalam. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Dua pelumba MotoGP Aprilia Racing, Aleix Espargaro dan Maverick Vinales bagai memberi amaran awal kepada pelumba lain menjelang musim ini apabila masing-masing meraih kedudukan pertama dan kedua pada sesi Ujian Musim Sejuk 2022 di sini, semalam.

Espargaro yang berusia 32 tahun mencatat masa terpantas apabila pelumba Sepanyol itu merekodkan masa satu minit dan 58.371 saat (s) dalam pusingan kesembilan daripada 42 pusingan pada sesi yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini.

Rakan senegaranya, Vinales muncul kedua terbaik selepas menamatkan 56 pusingan dengan masa terbaik 1:58.384s pada pusingan ke-54, manakala seorang lagi pelumba Sepanyol, Alex Rins daripada pasukan Suzuki Ecstar di tempat ketiga dengan masa terbaik 1:58.471s pada pusingan kedua terakhirnya daripada 72 pusingan.

Sementara itu, juara bertahan Fabio Quartararo daripada Monster Energy Yamaha MotoGP menamatkan ujian hari ini di tempat keenam selepas mencatat 1:59.002s, diikuti juara 2020 Joan Mir daripada Team Suzuki Ecstar di tempat ketujuh dengan masa terbaiknya 1:59.067s pada pusingan ke-63 daripada keseluruhan 68 pusingan.

Juara enam kali Marc Marquez, yang baru diisytiharkan cergas untuk beraksi di litar di sini berikutan kecederaan dialaminya tahun lepas, mencatat 1:59.287s dalam pusingan ke-55 selepas menamatkan 62 pusingan pada sesi ujian pramusim pertama ini.

Pelumba berusia 28 tahun itu tidak dapat beraksi sejak Oktober lalu kerana mengalami masalah penglihatan berganda akibat kemalangan ketika latihan.

Ujian Musim Sejuk 2022 selama dua hari di sini berakhir hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2023

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kasma Kembali Ke Moto2 Sebagai Penunggang Gantian

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad