web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Betulkan Sistem Sebelum Gubal Akta Sukan Selamat - Presiden MOM

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2021 7:57PM

Norza Zakaria - Gambar Bernama

oleh

T. Vignesh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Apa gunanya melaksanakan Akta Sukan Selamat jika sistem dalam industri sukan tidak berfungsi, kata presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Norza Zakaria merujuk kepada undang-undang untuk mendakwa pelaku salah laku seksual secara rasmi.

Dalam satu temu bual dengan The Vibes, Norza berkata melainkan prosedur operasi standard (SOP) dirombak di tempat kerja, mengenakan halangan undang-undang atau penalti tidak akan menghalang tindakan yang memalukan itu daripada berlaku.

Beliau mencadangkan semua jurulatih, pentadbir harus disaring dengan teliti sebelum diambil bekerja oleh Majlis Sukan Negara (MSN), menambah yang ini akan membantu mengenal pasti pemangsa daripada komuniti sukan dari awal.

“MSN perlu memastikan yang semua calon yang diambil kerja mempunyai integriti dan kredibiliti untuk bertugas dalam pertubuhan peringkat kebangsaan. Selepas itu barulah isu seperti gangguan seksual atau pelbagai jenis diskriminasi boleh di hapuskan dari sistem.”

Kedua, katanya sistem proses yang ada perlu adil dan saksama, bukan sahaja untuk mangsa gangguan seksual, tetapi untuk pelaku yang didakwa juga.

“Jika kita boleh memperbaiki dahulu sistem sedia ada sebelum mengimplementasikan Akta Sukan Selamat, kita boleh menghentikan gangguan seksual dan segala jenis diskriminasi dalam industri sukan.”

Norza berkata yang OCM ada templat peraturan, yang bertindak sebagai jaring keselamatan untuk atlet dalam perkara yang berkaitan dengan gangguan seksual, daripada Majlis Olimpik Antarabangsa.

“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) harus berbincang dengan pihak kami dahulu untuk mendapatkan maklum balas. Dan perlu ada proses yang jelas untuk semua pihak yang berkenaan.

“Terangkan dalam cara yang mudah difahami, buat perundingan dan bengkel.”

Pada masa yang sama, walaupun bilangan atlet yang tampil dengan dakwaan gangguan seksual telah meningkat sejak akhir-akhir ini, tindakan tegas tidak boleh diambil melainkan badan bebas ditubuhkan untuk menjalankan siasatan secara adil dan saksama.

Di sebalik usaha MSN untuk menubuhkan jawatankuasa bebas bagi mengendalikan kes sebegini, ternyata atlet sukar untuk membuat laporan rasmi tentang rungutan mereka dengan badan masing-masing kerana tidak tahu siapa yang boleh dipercayai.

Norza mencadangkan agar MKN dan KBS perlu mewujudkan institusi seperti ADAMAS - yang telah ditubuhkan untuk mengendalikan kes anti-doping dalam sukan - dengan ahli bebas dibawa masuk untuk duduk dalam panel penyiasat dan mengadili kes gangguan bagi memastikan semua pihak yang terlibat dapat layanan adil.

“Panggil golongan profesional untuk mentadbir badan itu dan libatkan pihak berkuasa yang berkaitan menjadi sebahagian daripada institusi itu. Tiada siapa yang terlibat dalam sukan harus duduk dalam panel itu,” kata Norza.

Kes gangguan seksual banyak dibangkitkan tahun ini selepas bekas perenang negara Cindy Ong menceritakan pengalamannya menjadi mangsa ketika menjadi atlet.

Susulan itu, ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong turut mendedahkan pengalaman pahitnya menjadi mangsa buli oleh jurulatihnya pada awalnya dalam skuad kebangsaan di Twitter. - The Vibes, 30 Disember 2021

Laporan tambahan oleh Julie Jalaluddin

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 26 minit yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar