web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Indonesia Julang Piala Thomas Selepas 2 Dekad

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 7:34AM

Pasukan Indonesia meraikan kejayaan merangkul gelaran berprestij Piala Thomas 2020 dengan menumpaskan musuh ketat, China di Arena Ceres, malam tadi. - Gambar dari Media Indonesia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AARHUS - Indonesia mengakhiri penantian selama hampir dua dekad untuk merangkul gelaran berprestij Piala Thomas 2020 apabila membenam juara bertahan China 3-0 pada perlawanan akhir di Arena Ceres di sini, malam tadi.

Kejayaan tersebut menyaksikan Indonesia muncul pasukan paling berjaya dalam sejarah kejohanan itu dengan merangkul gelaran tersebut sebanyak 14 kali, dengan kali terakhir pada edisi 2002 di Guangzhou, China selepas menewaskan Malaysia 3-2 pada final.

China pula memenangi gelaran itu sebanyak 10 kali.

Pemain perseorangan nombor lima dunia, Anthony Sinisuka Ginting mengutip mata pertama Indonesia selepas ketinggalan set pertama sebelum menyingkirkan pemain nombor 27 dunia, Lu Guang Zu 18-21, 21-14, 21-16 dalam pertarungan selama 76 minit.

“Pada set pertama tadi, saya sedikit gementar dan Guang Zu lebih banyak memberi tekanan dan lebih agresif. Tetapi saya berjaya keluar daripada tekanan pada set kedua dan ketiga, lebih tenang dan berjaya memutarkan keadaan.

“Saya pernah bertemu dengannya sebanyak dua kali sebelum ini tetapi ini merupakan pertemuan paling sukar. Sebenarnya saya bersedia untuk berjumpa dengan Shi Yu Qi dan Guang Zu kerana tidak pasti Yu Qi akan bermain selepas kecederaan semalam.

“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana mampu mengatasi tekanan dan bermain dengan baik,” kata Ginting selepas perlawanan itu.

Dalam percaturan barisan pemain, Indonesia menurunkan beregu ketiga negara itu Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto biarpun memiliki beregu nombor satu dunia Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dan beregu nombor dua dunia Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan.

Bagaimanapun, beregu nombor tujuh dunia itu mampu melakukan kejutan apabila hanya mengambil masa 42 minit untuk menyumbang mata kedua dengan menewaskan gandingan China, He Ji Ting-Zhou Hao Dong dalam straight set 21-12, 21-19.

Indonesia mengesahkan kejuaraan apabila pemain nombor tujuh dunia, Jonatan Christie berentap selama 82 minit untuk membutirkan mata kemenangan 3-0 dengan mengalahkan pemain nombor 65 dunia, Le Shi Feng, 21-14, 18-21, 21-14.

Jonatan, yang dianggap wira pasukan, memuji rakan sepasukan atas kejayaan itu selain mengucap terima kasih rakyat Indonesia atas sokongan padu mereka.

“Pastinya sangat-sangat luar biasa kerana kali terakhir kita menjulang piala ini pada 2002, dan itu sangat-sangat lama, masa itu pemain perseorangan kita Taufik Hidayat masih bermain. Saya berasa inilah waktunya kita membawa kembali Piala Thomas ke tanah air,” katanya.

Walaupun tidak diturunkan pada pusingan akhir kali tetapi kemenangan tersebut merupakan kenangan paling indah bagi ketua pasukan, Hendra, dalam melengkapkan kutipan pingat dalam kariernya selepas gagal dalam tujuh percubaan Piala Thomas sebelum ini.

Pemain beregu berusia 37 tahun itu pernah merangkul kesemua gelaran utama dunia termasuk pingat emas Sukan Olimpik Bejing pada 2008, juara dunia sebanyak empat kali (2007, 2013, 2015 dan 2019), dua pingat emas Sukan Asia (2010 dan 2014) dan dua kali juara All England pada 2014 dan 2019.

Indonesia mara ke final selepas menewaskan Malaysia 3-0 di peringkat suku akhir dan Demark 3-1 di separuh akhir manakala China menundukkan Thailand 3-0 di suku akhir dan menumpaskan naib Jepun 3-1 di peringkat separuh akhir. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad