web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Komen Perkauman Terhadap S.Kisona, Keterlaluan - BAM

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 7:53AM

S.Kisona - Gambar dari Twitter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menganggap komen berbaur perkauman yang dilemparkan terhadap pemain perseorangan wanita negara, S.Kisona, ketika menentang Jepun pada perlawanan separuh akhir Piala Sudirman semalam, merupakan sesuatu yang keterlaluan.

BAM dalam satu kenyataan menyatakan sebagai badan induk badminton negara, mereka tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tindakan berbaur perkauman atau diskriminasi dan mengecam kenyataan yang telah dikeluarkan itu, selain akan sentiasa menyokong semua pemain negara.

“Kenyataan seperti itu adalah sesuatu yang tidak wajar, dan kami mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk mengutuk tindakan yang tidak masuk akal itu.

“BAM akan terus berjuang menghapuskan unsur perkauman dalam sukan, terutamanya dalam badminton. Kami akan terus menyokong kesemua inisiatif yang menyokong pembangunan negara yang progresif dan inklusif,” menurut BAM dalam kenyataan tersebut.

Satu kenyataan berbaur perkauman terhadap Kisona yang kini menduduki tangga ke-53 dunia itu tersebar di media sosial, ketika pemain itu berhadapan pemain nombor lima dunia Akane Yamaguchi, pada perlawanan kedua semalam.

Malaysia tewas 1-3 kepada Jepun, dengan Kisona dengan mudah ditewaskan Yamaguchi 21-7, 21-5 dalam masa 26 minit.

Walaupun terkeluar daripada kejohanan berlangsung di Vantaa, Finland itu, pasukan muda negara telah melepasi sasaran awal yang ditetapkan BAM, iaitu layak ke suku akhir.

Malaysia akan meneruskan cabaran mereka pada Piala Thomas dan Piala Uber 2021, yang dijadualkan bermula 9 hingga 17 Okt di Aarhus, Denmark.

Piala Thomas menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Jepun, England dan Kanada, manakala bagi Piala Uber dalam Kumpulan D bersama China, Denmark dan Kanada. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar