web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


FAM, MFL Mohon 2,500 Pemain, Pegawai Diberi Suntikan Vaksin COVID-19

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2021 3:28PM

Hamidin Mohd Amin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), telah memohon kepada kerajaan untuk memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada 2,500 pemain dan pegawai di peringkat elit, demi kelangsungan saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, inisiatif itu hasil perbincangan bersama Kementerian Sains, Inovasi dan Teknologi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan (KKM), dengan sasaran kelompok pemain tempatan dapat diberikan suntikan vaksin dengan kadar segera.

“FAM dan MFL telah berjumpa dengan Menteri MOSTI Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, berbincang mengenai perlunya vaksin diberikan kepada pemain dan pegawai secepat mungkin. Mungkin selepas kumpulan petugas barisan hadapan dan keutamaan lain diberikan.

“Kita berdoa vaksin kita dapat digunakan supaya dapat melihat bola sepak tempatan bergerak dengan lebih baik dan berkeyakinan, terhadap kelangsungan saingan Liga-M,” katanya dalam sidang video bersama pihak media, hari ini.

Malaysia dijadual menerima bekalan pertama vaksin COVID-19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer-BioNTech esok, dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi fasa pertama akan dilaksanakan bermula 26 Feb.

Pada masa sama, Hamidin yang juga Presiden MFL berkata FAM dan MFL akan memastikan semua pasukan Liga-M mematuhi prosedur operasi standard (SOP) demi kelancaran perjalanan saingan liga, seterusnya membolehkan penyokong kembali ke stadium.

“Kalau semua berjalan dengan baik mungkin dua atau tiga bulan lagi kita inginkan kemasukan penyokong ke stadium sekurang-kurangnya dengan jumlah 10 peratus,” jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai baki aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 pada Jun, Hamidin memaklumkan FAM tidak bersedia menjadi tuan rumah bagi saingan yang bakal dijalankan secara karnival itu.

Jelasnya, antara kelima-lima negara dalam saingan kumpulan itu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan negara terbaik, memandangkan hampir kesemua rakyat UAE telah menerima suntikan vaksin COVID-19 selain penguatkuasaan SOP lebih bersistematik di negara tersebut.

“Kita serahkan kepada AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) untuk tentukan venue terbaik pada Jun nanti, dan kita komited mahu menghabiskan baki tiga perlawanan saingan kelayakan itu,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 17 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 9 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad