web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lengkap Vaksin Boleh Masuk Singapura Mulai 10 Ogos

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2021 7:34AM

Singapura membuka semula kelulusan masuk kepada pemegang pas kerja lengkap vaksin mulai 10 Ogos - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Bermula 10 Ogos Singapura akan menyambung semula proses kelulusan masuk kepada pemegang pas kerja dan tanggungan mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara dan wilayah berisiko tinggi kerana republik itu sudah mencapai kadar vaksinasi yang tinggi.

Menurut Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF) mengenai COVID-19, pemegang pas kerja yang layak dan tanggungannya mestilah sudah lengkap divaksin sebelum tiba di Singapura.

Seseorang itu hanya dianggap lengkap divaksin selepas dua minggu menerima dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech (Comirnaty), Moderna atau yang disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pada Mei, Singapura mengumumkan tidak menerima permohonan kemasukan baharu bagi pemegang pas kerja dari negara dan wilayah berisiko tinggi, kerana peningkatan kes COVID-19 di beberapa negara dunia.

Pada sidang media maya, Pengerusi Bersama MTF Lawrence Wong berkata pemohon bagaimanapun perlu mematuhi protokol kesihatan ditetapkan Singapura.

 “Oleh kerana kita telah mencapai tahap liputan vaksin yang lebih tinggi, kita akan mula menyesuaikan peraturan sempadan dan akan menyambung semula proses kelulusan masuk untuk pemegang pas kerja yang lengkap divaksin dan bergantung kepada syarat SHN (Notis Tinggal di Rumah) yang ada," katanya.

Setakat 5 Ogos, 67 peratus rakyat Singapura telah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi kebangsaan dan MTF menjangkakan menjelang 9 Ogos, sekitar 70 peratus daripada keseluruhan penduduk akan lengkap dua dos.

Wong yang juga Menteri Kewangan berkata mulai 20 Ogos, Singapura akan membenarkan lebih ramai pengembara yang lengkap divaksin dari beberapa negara tertentu untuk memilih sama ada dikuarantin 14 hari di kemudahan khas SHN atau di rumah dan  penginapan lain yang sesuai.

"Bermula 20 Ogos, kami akan kenal pasti mengikut kumpulan negara yang mempunyai kadar risiko yang kita anggap boleh diterima dan pelancong yang sudah lengkap divaksin akan  diberikan kebenaran pilihan kuarantin untuk keluar dari SHN dan menjalani kurantin di  rumah dan senarai penuh kumpulan negara itu akan dikeluarkan (tidak lama lagi),” katanya.

Sebagai contoh, bermula 21 Ogos, semua pelancong dari Australia, Austria, Kanada, Jerman, Itali, Norway, Korea Selatan dan Switzerland, boleh memohon keluar dari SHN dan melengkapkan kuarantin mereka di kediaman masing-masing atau rumah lain yang sesuai.

MTF juga melaksanakan semakan bertahap pada Fasa 2 (Amaran Tahap Tinggi) ini dan akan melonggarkan sesetengah sekatan dalam dua peringkat,  yang pertama bermula 10 Ogos dan diikuti pada 19 Ogos ‘andai keadaan kekal stabil’.

Antara lain, ia akan membenarkan lebih ramai orang hadir dalam acara atau majlis serta kehadiran di rumah ibadat, panggung wayang, majlis rasmi, acara hiburan dan sukan serta majlis perkahwinan untuk sehingga 1,000 orang, andai semua yang hadir sudah divaksin, bermula 19 Ogos.

MTF juga akan turut melongarkan syarat kerja dari rumah, terutama terhadap langkah membenarkan sehingga 50 peratus jumlah tenaga kerja, kembali bertugas di pejabat. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 11 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad