web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Projek Murni Bantu Kemas Rumah 'Cik Munah'

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 10:53AM

Sukarelawan Projek Murni membersihkan rumah Cik Munah di Haig Road, bagi memberikan keceriaan menjelang Hari Raya Aidiladha esok. - Gambar Berita Mediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Barang-barang rumah yang tidak terurus, jubin dan mangkuk tandas yang terlalu kotor serta bau kurang menyenangkan, menyelubungi seluruh rumah ini.

Begitulah keadaan rumah Cik "Munah" (bukan nama sebenar) yang sangat menyedihkan.

Cik Munah yang berusia 79 tahun itu perlu bergerak menggunakan kerusi roda di flatnya di Haig Road.

Warga emas ini menetap bersama anak tunggalnya, "Hamid",  yang berusia 49 tahun dan merupakan seorang anak istimewa yang kurang daya intelek.

Menjelang hari raya Aidiladha esok, mujur ada yang sudi membantu mengemas rumahnya. Mereka adalah 10 sukarelawan di bawah Projek Murni, yang dikendalikan M³@Geylang Serai yang sanggup turun padang membantu membersihkan rumah Cik Munah dan memberikan keceriaan kepada warga emas itu dan anaknya pada Hari Raya Aidiladha ini.

Inisiatif Projek Murni adalah membantu membersihkan rumah-rumah Muslim dan Cik Munah adalah penerima pertama bantuan berkenaan.

"Matlamat kita adalah untuk memberi cahaya kepada tuan rumah bahawasanya mereka memerlukan sesuatu kehidupan yang sebagaimana orang lain hidup.

"Jadi kita dari M³@Geylang Serai dan juga bantuan-bantuan daripada Pasukan Bertindak Masalah Menyorok ('Hoarding'), kita bergabung dengan RC, Pertahanan Awam untuk bantu bagaimana kita nak usahakan menjadikan rumahnya sebagai orang yang betul-betul nak tinggal dalam rumah," kata Pengerusi MAEC Geylang Serai, Mohamed Zailani Mohamed Said, yang ditemui BERITAmediacorp di rumah Cik Munah.

Cik Munah memerhati sukarelawan Projek Murni membersihkan rumahnya.
Cik Munah memerhati sukarelawan Projek Murni membersihkan rumahnya.

Di bawah projek tersebut juga, rumah itu akan menjalani pembersihan menyeluruh. Mangkuk tandas dan semua perabot di dalamnya juga akan digantikan dengan yang baru. Cik Munah dan Hamid pula bakal mendapat pakaian-pakaian baru.

Sebuah kerusi roda baru juga bakal menanti buat kegunaan Cik Munah.

Bagaimanapun kata Zailani, tidak mudah untuk memujuk Cik Munah supaya bersetuju "menghapuskan barangan yang tidak diperlukan".

Ini terutama sekali memandangkan ia melibatkan barang-barang pembelian arwah suaminya yang memang menyimpan kenangan.

Semasa diwawancara Berita Mediacorp, Cik Munah tidak dapat menahan linangan air matanya.

"Banyak kenang-kenangan dia (arwah suami) punya. Banyak yang dibelinya, apa-apa yang dibelinya. Nak katakan sedih tu memang ada, nak rasa malu pun memang ada," akui Cik Munah dengan jujur tentang keadaan rumahnya.

"Yalah rumah dah ada orang tolong kemas-kemaskan, buang apa barang-barang yang cik tak nak. Kalau cik kuat cik bikin sendiri. Banyak yang cik bikin sendiri."

Berkongsi cabaran membersihkan rumah itu, Zailani berkata:

"Benda mencabar adalah keadaan rumah dia. Bau kerana beliau memelihara kucing, kalau kita memelihara kucing, kita perlu tahu cara menjaga kucing - najis begitu begini.

"Mungkin dia tak mampu atau anaknya tak pandai cara-cara jadi itu cabarannya dari segi barang-barang kat rumah dia yang mungkin tak terurus, makanan-makanan yang mungkin tak dibuang.

Bagi "Hamid", kehadiran para sukarelawan itu disambutnya dengan tangan sangat terbuka.

Dia orang nak datang tolong kemas, Hari Raya Haji nak dekat .

"Tengok dia orang kemas barang-barang lama, buat apa simpan, buat bersemak saja, baik buang, buang semua. Macam bersih sikit, orang datang gembira," kata "Hamid".

Yang pasti, kerelaan Cik Munah 'mengorbankan' barang-barang kesayangannya menjelang Hari Raya Haji ini akan menghasilkan cahaya baru bagi rumahnya ini.

Kesemua proses pembersihan ini akan akan siap sepenuhnya pada 25 Julai ini. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad