web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KDNK Singapura Tumbuh 14.3 Peratus Pada Suku Kedua 2021 - Unjuran MTI

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 12:53PM

Kapal kontena belayar sepanjang selat Singapura pada 28 Jun. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Ekonomi Singapura mencatat pertumbuhan 14.3 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2021 iaitu lanjutan pertumbuhan 1.3 peratus pada suku sebelumnya, demikian menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu.

Dalam kenyataan mengenai unjuran awal yang dikeluarkan hari ini, MTI berkata pertumbuhan lebih kukuh itu disumbangkan terutamanya oleh kesan asas lebih rendah pada suku kedua 2020 apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) susut 13.3 peratus berikutan pelaksanaan langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19 pada 7 April-1 Jun, 2020.

Sebahagian besar daripada unjuran awal KDNK bagi suku kedua 2021 itu mewakili data dalam tempoh dua bulan pertama suku berkenaan iaitu April dan Mei 2021.

Menurut kementerian itu, KDNK bagi suku kedua 2021 kekal 0.9 peratus di bawah paras sebelum pandemik pada suku kedua 2019.

Bagi asas pelarasan suku ke suku, ekonomi Singapura menguncup 2.0 peratus pada suku kedua 2021 selepas mencatat pertumbuhan 3.1 peratus dalam suku sebelumnya.

Dari segi prestasi sektor, MTI berkata sektor pembuatan berkembang 18.5 peratus bagi tahun ke tahun dalam suku di bawah kajian tersebut yang meneruskan pertumbuhan 11.3 peratus dicatatkan sebelum ini.

“Pertumbuhan itu disokong oleh pengembangan output dalam semua kluster kecuali pembuatan bioperubatan,” katanya.

Sektor pembinaan tumbuh 98.8 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2021 iaitu peningkatan berbanding penguncupan 23.1 peratus dalam suku sebelum ini.

“Peningkatan ketara itu disebabkan oleh kesan asas yang rendah apabila pelaksanaan sekatan pemutus rantaian tersebut menyebabkan penutupan sementara semua aktiviti pembinaan dalam suku kedua tahun lepas,” katanya.

Menurut MTI, nilai tambah bagi sektor itu kekal 31.6 peratus di bawah paras sebelum pandemik suku kedua 2019.

Bagi sektor perkhidmatan, dagangan borong dan runcit serta pengangkutan dan penyimpanan berkembang 9.3 peratus pada suku kedua 2021, sekali gus mengatasi penguncupan 1.7 peratus dalam suku sebelum ini.

Sektor maklumat dan komunikasi, kewangan dan insurans serta perkhidmatan profesional meningkat 7.8 peratus pada suku kedua 2021 dan meneruskan pertumbuhan 3.2 peratus pada suku sebelumnya.

Kumpulan sektor perkhidmatan lain seperti penginapan dan makanan, hartanah, perkhidmatan pentadbiran dan sokongan serta lainnya, meningkat sebanyak 13.4 peratus dalam suku di bawah kajian berbanding penguncupan 3.8 peratus dalam suku sebelum ini.

Kementerian itu akan mengumumkan unjuran awal KDNK bagi suku kedua 2021 termasuk prestasi sektor-sektor, sumber pertumbuhan, inflasi, penggajian dan produktiviti menerusi laporan Tinjauan Ekonomi Singapura pada Ogos 2021. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad