web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elak Aktiviti Fizikal Berat Selama 7 Hari Selepas Vaksin

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 7:51AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Remaja dan belia berumur kurang 30 tahun disarankan menghindari aktiviti fizikal  dalam tempoh tujuh hari selepas menerima vaksin COVID-19, sebagai langkah pencegahan lanjut, kata Kementerian Kesihatan Singapura.

 Menurut kementerian, pada 3 Julai pihaknya dimaklumkan oleh Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) mengenai kes seorang remaja tempatan berusia 16 tahun yang dirawat di jabatan kecemasan hospital itu selepas pengsan di rumah pada pagi yang sama.

"Pesakit kemudian dipindahkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) pada tengah hari dan dilaporkan kritikal di unit rawatan rapi," kata kementerian dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian menyatakan, remaja itu telah menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech (Comirnaty) pada 27 Jun.

“Dia dinilai oleh petugas kesihatan terlatih dan didapati sesuai untuk vaksinasi COVID-19, dipantau di lokasi sekitar 30 minit selepas suntikan dan dalam keadaan yang baik.

"Dia juga sihat sepanjang lima hari setelah vaksinasi. Sebelum pengsan, remaja itu melakukan aktiviti angkat berat di gimnasium. Kementerian dimaklumkan dia mengangkat beban yang sangat berat, melebihi berat badannya. "

Kementerian merujuk bahawa diagnosis awal keadaannya adalah serangan jantung yang berlaku di luar hospital.

"Ujian klinikal dan makmal sedang dijalankan untuk mengetahui puncanya,” menurut kenyataan itu,  sambil menambah kementerian juga akan bekerjasama dengan pasukan perubatan di NUH untuk menentukan  sama ada ia berkaitan dengan vaksinasi COVID-19.

"Ini termasuk penelitian menyeluruh sama ada membabitkan miokarditis parah akut, iaitu keradangan otot jantung yang teruk yang mempengaruhi fungsi jantung, sebagai kemungkinan diagnosis," menurut kementerian itu lagi.

Kementerian menyatakan Jawatankuasa Pakar Vaksinasi COVID-19 akan memantau hasil penyelidikan.

"Jawatankuasa Pakar dan Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) secara berasingan turut meneliti data tambahan dari dalam dan luar negara, yang berkaitan dengan kejadian ini," katanya.

Kementerian menyatakan ia bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Pakar dan HSA supaya individu yang diberi vaksin menghindari aktiviti fizikal yang berat selepas menerima dos vaksinasi COVID-19 pertama atau kedua. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad