web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seludup Barang Bernilai $700,000, 14 Rakyat Malaysia Dipenjara Di Singapura

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2021 2:51PM

Rokok-rokok elektronik dan barangan berkaitan yang disembunyikan dalam kabin tempat duduk penumpang daripada 7 lori yang berdaftar di Malaysia - Gambar HSA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Seramai 14 lelaki yang berusia antara 22 hingga 54 tahun dihukum penjara kerana menyeludup rokok elektronik dan barangan berkaitan bernilai sekitar S$700,000 ke Singapura, rampasan terbesar sejauh ini.

Para pegawai menemui sebanyak 54,392 barangan sedemikian, dedah Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan media bersama hari ini.

Pada 7 Jun, pegawai ICA menjumpai barangan terlarang itu yang disembunyikan dalam kabin tempat duduk penumpang daripada tujuh lori yang berdaftar di Malaysia. Lori-lori itu digunakan untuk mengangkut ayam ke Singapura.

Senarai mereka yang didakwa di mahkamah kerana menyeludup rokok elektronik dan barangan berkaitan bernilai S0,000
Senarai mereka yang didakwa di mahkamah kerana menyeludup rokok elektronik dan barangan berkaitan bernilai S0,000

Siasatan HSA mendapati lelaki-lelaki itu, yang kesemuanya merupakan pemandu lori dan kelindan daripada sebuah syarikat Malaysia yang sama, diarah membawa barangan tersebut ke satu lokasi yang ditetapkan di Singapura.

Mereka kemudian akan bertemu dengan seorang lelaki yang akan mengambil barangan terlarang itu.

Lelaki-lelaki tersebut, kesemuanya warga Malaysia, didakwa di mahkamah pada Isnin lalu dan dijatuhi hukuman penjara sehingga dua bulan.

Mereka yang sabit kesalahan menjual, memiliki untuk dijual, diimport atau mengedarkan rokok elektronik dan barangan berkaitan boleh didenda sehingga S$10,000, dijel sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Mereka yang mengulangi kesalahan boleh didenda sehingga S$20,000, dihukum penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

HSA menyatakan ia akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang mengimport produk tembakau terlarang seperti rokok elektronik dan barangan berkaitan.

Kesemua produk tembakau akan dirampas dan disita, menurut HSA.

Ia juga adalah satu kesalahan untuk memiliki, membeli atau menggunakan produk-produk tembakau. Hukuman bagi kesalahan tersebut adalah denda sehingga $2,000. - CNA/SM/sm
 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar