web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Masih Pertimbangkan Cadangan Singapura Untuk Beli 2 Bidang Tanah Miliknya Di Woodlands

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2024 12:20PM

Dua bidang tanah milik Malaysia antara kawasan yang termasuk dalam pembangunan semua Pintu Masuk Woodlands (WCP). - gambar Reuters

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Cadangan Singapura untuk membeli dua bidang tanah milik Malaysia untuk tujuan pembangunan semula Pintu Masuk Woodlands (WCP) masih dalam perbincangan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar, berkata adalah logik bagi Singapura untuk membeli tanah itu tetapi persoalannya adalah sama ada Malaysia ingin menjual atau menukarnya dengan tanah lain, yang kedua-dua negara pernah lakukan sebelum ini, masih belum diputuskan.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar. - gambar BERNAMA
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar. - gambar BERNAMA

menyatakan hasratnya kepada Malaysia (untuk pembelian tanah itu). Pihak berkuasa yang berkaitan di Malaysia sedang berunding dan mengkajinya.

“Sehingga ini kami belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak berkuasa yang berkaitan," kata Azfar yang ditemui oleh wartawan Malaysia pada Sabtu.

Menurut Azfar, semua tanah kerajaan di luar negara didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Beliau berkata, Singapura telah menyatakan hasratnya tahun lalu untuk membeli tanah milik kekal yang meliputi kira-kira 2.3 ekar (0.9 hektar) secara keseluruhan.

Azfar mengatakan, beliau telah mencadangkan kaedah pertukaran tanah dengan tanah terlibat tetapi kata putus akan perkara itu akan dibuat kerajaan persekutuan.

Sebelum ini, pada September 2010, Singapura dan Malaysia telah menandatangani perjanjian pertukaran tanah untuk menyelesaikan perolehan yang melibatkan tanah milik Keretapi Tanah Melayu di republik itu yang melibatkan tiga bidang tanah masing-masing di Tanjong Pagar, Kranji, dan Woodlands, serta tiga lagi di Bukit Timah.

Sebagai ganti, Singapura menawarkan pertukaran dengan empat kawasan tanah di Marina South dan dua kawasan di Ophir-Rochor.

Pihak Berkuasa Imigresen & Kastam Singapura (ICA) baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan membangunkan semula WNCP untuk penyelesaian yang lebih mampan dan jangka panjang bagi menangani kesesakan kronik di lintasan darat yang menghubungkan republik itu dengan Malaysia.

WCP yang dibangunkan semula akan beroperasi secara berperingkat bermula tahun 2028.

ICA telah menjalankan kajian kelayakan dan teknikal yang meluas untuk menentukan jumlah tanah yang optimal yang diperlukan untuk memenuhi permintaan masa depan.

Tanah yang diperlukan untuk pembangunan semula WCP hanya boleh diperolehi melalui pemerolehan tanah dan reklamasi tanah.

Apabila ditanya sama ada Malaysia masih memiliki tanah di Singapura, Azfar berkata: "Kami (kerajaan persekutuan) memiliki kawasan tanah di sekitar pulau ini. Salah satunya adalah sebidang tanah seluas satu ekar di Holland Village," kata Azfar sambil menambah bahawa ini tidak termasuk tanah di republik itu yang dimiliki oleh Johor. - BERNAMA

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

2 Lelaki Direman 7 Hari, Bantu Siasatan Kes Kematian Di Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Nelayan Tak Berlesen Masih Jadi Isu, Punca Utama Insentif Kerajaan ‘Tak Sampai’ Ke Tangan - Faizul

oleh Sophia Ahmad