web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Trafik Dijangka Sesak Di Pusat Pemeriksaan Darat Sepanjang Cuti Deepavali

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2023 5:04PM

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura menjangkakan kesesakan trafik di pusat pemeriksaan di Woodlands dan Tuas sempena cuti Deepavali. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas di Singapura dijangka menghadapi kesesakan lalu lintas mulai Khamis iaitu 9 November hingga Selasa (14 November) sempena cuti Deepavali dan permulaan cuti sekolah akhir tahun bagi sesetengah pelajar.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) berkata, pusat pemeriksaan itu merekodkan lebih 1.27 juta orang menggunakan pusat pemeriksaan darat itu pada Hari Kanak-kanak dari 6 Oktober hingga 8 Oktober lalu.

Dalam kenyataan akhbar hari ini, ICA berkata, terdapat jumlah pengguna yang ramai melalui pusat pemeriksaan darat itu sejak sempadan negara dibuka semula pada 2022, dengan lebih 460,000 lintasan pada 6 Oktober 2023.

Lebih separuh (kira-kira 260,000) daripada jumlah itu berlepas keluar dari republik itu.

"Mereka yang menggunakan kereta terpaksa menunggu sehingga tiga jam sebelum melepasi pemeriksaan imigresen semasa waktu puncak," katanya.

Selain itu, ICA turut meningkatkan langkah-langkah keselamatan di pusat pemeriksaan berdasarkan situasi semasa di Asia Barat.

"Berdasarkan keadaan itu, pengguna dinasihatkan supaya mengambil kira masa menunggu tambahan untuk pelepasan imigresen.

"Kami memohon kerjasama pengguna supaya bersabar, mematuhi peraturan lalu lintas, menjaga disiplin lorong dan bekerjasama dengan pegawai di lokasi apabila menggunakan pusat pemeriksaan darat," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Gunakan Deepavali Untuk Semai Perpaduan, Santuni Yang Memerlukan - PM

2

Rencana 8 bulan yang lalu

Deepavali; Cahaya Yang Kita Pilih

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

4

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

Sorotan

1

PRN JOHOR: SPR Siasat Imej Kertas Undi Bertanda Dikongsi Dalam Talian

2

DAP Terima Kekalahan Dengan Terbuka, Kenal Pasti Faktor Kekalahan

3

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

4

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

5

PRN Johor: BN Isytihar Kemenangan, Catat Majoriti Mudah Dalam Keputusan Tak Rasmi 

6

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Melaka Meningkat 1,000 Orang, 2 Daerah Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Pelacuran Disyaki Beroperasi Di Hotel 3 Bintang Diserbu, 8 Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

oleh Sophia Ahmad