web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Singapura Kenakan Sekatan Seumur Hidup Terhadap Roger Ng

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2023 7:08PM

Bekas Pengarah Urusan Goldman Sachs (Singapura) Pte, Roger Ng ketika dihadapkan ke mahkamah di New York, Amerika Syarikat. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Penguasa Kewangan Singapura (MAS) sudah mengeluarkan perintah larangan seumur hidup (PO) terhadap Ng Chong Hwa, juga dikenali sebagai Roger Ng, bekas Pengarah Urusan Goldman Sachs (Singapura) Pte.

Dalam satu kenyataan hari ini, MAS memaklumkan PO terbabit dikeluarkan berikutan sabitan kesalahan Ng di Amerika Syarikat kerana berkonspirasi untuk menggelapkan wang daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dan pelanggaran Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA) Amerika Syarikat.

Di bawah PO yang berkuat kuasa hari ini, Ng dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti terkawal di bawah Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan (SFA) dan dari menyediakan sebarang khidmat nasihat kewangan di bawah Akta Penasihat Kewangan (FAA), menurut bank pusat itu.

Dia juga dilarang daripada mengambil bahagian dalam pengurusan, bertindak sebagai pengarah, atau menjadi pemegang saham besar, mana-mana pasaran modal dan firma khidmat nasihat kewangan di bawah SFA dan FAA buat selama-lamanya.

Menurut MAS, Ng didapati bersalah di Amerika Syarikat pada 8 April 2022, dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun pada 9 Mac 2023.

Mahkamah mendapati bahawa antara 2009 dan 2014, Ng bersubahat dengan individu lain, termasuk Tim Leissner, untuk mencuci berbilion dolar yang diselewengkan daripada 1MDB, termasuk dana yang dikumpul oleh 1MDB melalui tiga urus niaga tawaran bon yang ditaja oleh The Goldman Sachs Group, Inc dan anak syarikatnya dan rakan kongsinya.

Mereka juga berkomplot untuk memintas kawalan perakaunan dalaman The Goldman Sachs Group, Inc berkaitan dengan tiga transaksi penawaran bon dan perniagaan 1MDB yang lain.

Perbuatan Ng sudah memberi alasan kepada MAS untuk mempercayai bahawa ia bertentangan dengan kepentingan awam untuk membenarkan beliau menjalankan perniagaan sebagai wakil, menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 2 tahun yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Kembali Terajui Johor, Angkat Sumpah Depan TMJ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: SPR Siasat Imej Kertas Undi Bertanda Dikongsi Dalam Talian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Maut, 2 Cedera Nahas 2 Kenderaan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

oleh Sophia Ahmad