web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tharman Shanmugaratnam Presiden Baharu Singapura

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2023 8:05AM

Tharman Shanmugaratnam - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Tharman Shanmugaratnam dipilih sebagai Ketua Negara baru Singapura selepas memenangi pilihanraya Presiden dengan majoriti yang ketara pada Jumaat.

Mantan Menteri Kanan itu menerima 70.40 peratus undi sementara bekas Ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan GIC Pte Ltd Ng Kok Song (15.72 peratus) dan bekas Ketua Eksekutif NTUC Income Insurance Co-operative Ltd Tan Kin Lian (13.88 peratus).

Keputusan rasmi diumumkan oleh Jabatan Pilihan Raya (ELD) selepas tengah malam. Keputusan itu tidak jauh berbeza dari keputusan kiraan sampel yang diumumkan lebih awal sekitar pukul 10.45 malam pada Jumaat.

Di Facebook, Tharman mengatakan beliau "benar-benar berasa terharu dengan sokongan yang kuat" yang diberikan oleh pengundi dalam Pilihan Raya Presiden itu.

"Saya percaya pada undi yang diberikan untuk saya dan apa yang saya perjuangkan adalah undi keyakinan bagi Singapura sendiri, dan bagaimana kita boleh maju bersama dan saling tolong menolong sebagai rakyat Singapura.

Beliau juga berterima kasih kepada calon-calon lain yang telah "mengembleng sepenuhnya usaha dan tenaga dalam kempen mereka, dan menjadikannya sebagai pertandingan yang penuh bermakna."

Sementara itu, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Tharman dan berkata bahawa beliau yakin bahawa presiden baru itu akan menjalankan tugasnya dengan cemerlang.

"Sebagai Ketua Negara, beliau akan mewakili kita di dalam dan luar negara, serta melaksanakan kuasa pengawasan, termasuk ke atas rizab negara dan pelantikan penting," kata Lee dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web Pejabat Perdana Menteri awal Sabtu.

Tharman Shanmugaratnam (tengah) sambil dikerumuni penyokongnya - gambar CNA
Tharman Shanmugaratnam (tengah) sambil dikerumuni penyokongnya - gambar CNA

Perdana Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada kesemua tiga calon yang tampil bertanding dalam Pilihan Raya Presiden itu.

Seorang negarawan dan ahli ekonomi Singapura, Tharman, 66 tahun, berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Singapura antara 2011 dan 2019, dan sebagai Menteri Kanan dalam Kabinet antara 2019 dan 2023.

Peranan lain beliau termasuklah Pengerusi Pihak Berkuasa Kewangan Singapura antara 2011 dan 2023, dan Timbalan Pengerusi GIC antara 2019 dan 2023.

Sebagai bekas ahli Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura yang memerintah, beliau merupakan Ahli Parlimen (AP) yang mewakili kawasan Taman Jurong dalam GRC Jurong antara 2001 dan 2023.

Beliau membuat penampilan politik pertamanya dalam pilihan raya umum 2001 dan dipilih semula ke Parlimen sebanyak empat kali dalam pilihan raya umum berikutnya pada tahun 2006, 2011, 2015, dan 2020.

Pada Julai 2023, Tharman mengundurkan diri dari Parlimen dan semua jawatan dalam kerajaan serta keluar PAP untuk bertanding dalam pilihan raya presiden.

Setakat 8 malam Jumaat, 2,480,760 rakyat Singapura telah mengundi di 1,264 pusat mengundi di seluruh pulau. Seramai 50,152 undi ditolak. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Kembali Terajui Johor, Angkat Sumpah Depan TMJ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Ikrar Letak Jawatan Jadi Perhatian, Nga Kor Ming Tak Tergugat, Fokus Tugas Rasmi

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

oleh Sophia Ahmad