Berita Terkini

17 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perkahwinan Era Pandemik: Rakyat Malaysia Pilih Kahwin Di Singapura

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 2:31PM

Muhammad Shafiq dan Norshadah yang bekerja di Singapura telah melangsungkan perkahwinan di negara berkenaan pada Jumaat lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Seorang berasal dari Johor Bahru. Yang seorang lagi berasal dari Terengganu. Kedua-duanya bekerja di Singapura.

Namun ibarat pepatah Melayu yang berbunyi asam di darat, garam di laut, di Singapura jugalah Muhammad Shafiq Zahari dan Norshadah Abdullah bertemu Oktober tahun lalu. Pertemuan itu berakhir dengan pernikahan mereka di Masjid Darussalam di Clementi pada Jumaat lalu.

Jelas, walaupun Laluan Perjalanan Orang Sudah Divaksin (VTL) Singapura-Malaysia sudah diumumkan seminggu lalu, dua warga Malaysia itu masih memilih untuk bernikah di Singapura - jauh dari keluarga masing-masing.

Mereka juga tidak bertunang seperti kelazimannya, tetapi terus berkahwin.

"Rasanya gembira ada, sedih pun ada. Iyalah tidak ada keluarga di sisi. Mestilah kalau hari bahagia, kita nak dengan keluarga tetapi nak buat macam mana... jodoh dah sampai." Begitulah luah Norshadah atau mesra dipanggil Shadah sahaja, yang sudah dua tahun bekerja di Singapura.

Akad nikah mereka cuma dapat disaksikan keluarga masing-masing menerusi zoom dari Malaysia. Namun demikian kehangatan dan kesyahduannya masih sangat terasa.

"Saya terima nikahnya Norshadah Binti Abdullah dengan mas kahwinnya S$300 tunai," ucap Shafiq yang disaksikan serentak oleh saudara mara dari Malaysia.

"Alhamdulillah sah bergelarlah sebagai suami dan isteri. Amin ya Rabbal Alamin. Tahniah," sahut tok kadi yang menikahkan mereka.

Shafiq, 26 tahun, dan Shadah, 29 tahun, mula mengenali antara satu sama lain ketika kedua-duanya mula bekerja di tempat yang sama - Hospital Masyarakat Outram - dalam khidmat pengurusan kemudahan.

Shafiq dan Shadah memutuskan untuk berkahwin di Singapura kerana keadaan COVID-19 sebelum ini tidak memungkinkan mereka untuk pulang ke tanah air. Ini meskipun Shafiq berasal dari Johor Bahru - cukup dekat dengan Singapura.

Keputusan ini, menurut Shadah, awalnya 'berat' bagi kedua-dua orang tuanya.

"Saya anak perempuan bongsu mereka. Kalau boleh mereka memang nak saya kahwin di Malaysia. Tetapi selepas (kami putuskan untuk kahwin), COVID tinggi. Tempat tinggal saya di Terengganu ketika itu dikenakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), lepas tu semua tidak boleh datang negeri," kata Shadah.

"Jadi kita bincang balik, mereka benarkan saya kahwin di sini."

Mentelah lagi ketika itu, jika Shafiq dan Shadah memilih untuk berkahwin di Malaysia, mereka perlu mengambil cuti panjang kerana perlu menjalani kuarantin di kedua-dua Singapura dan Malaysia.

"Kalau nak adakan majlis di Malaysia, nak kena buat persiapan lagi. Tapi tak boleh cuti panjang sangat," tambah Shafiq, yang sudah lima tahun bekerja di Singapura.

Ada juga faktor kos. Sekiranya mereka berdua berkahwin di Malaysia, mereka juga perlu menampung kos perjalanan rentas sempadan dan melangsungkan majlis di dua negeri berbeza - Terengganu dan Johor.

Bayangkan. Kalau Shafiq dan Shadah memilih menaiki pesawat untuk pulang ke Singapura, kos penerbangan buat seorang sahaja adalah sekitar S$180. Itu belum lagi termasuk kos kuarantin yang boleh mencecah beribu-ribu dolar, selain perbelanjaan majlis yang biasanya "meriah" di Malaysia.

Sebaliknya, kos yang dibelanjakan Shafiq dan Shadah untuk bernikah di Masjid Darussalam di Singapura adalah sekitar S$1,000 sahaja. - Berita Mediacorp


 

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

oleh Diyana Nawwar

Luar Negara 1 hari yang lalu

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Ke Riyadh Untuk Sahkan Surat Derma RM2.6 Bilion - Saksi 

Semasa 1 hari yang lalu

Simbah OKU Dengan Air Panas: Wanita Dipenjara 10 Tahun, Denda RM6,000