web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rapper Singapura Didakwa Di Mahkamah, Cuba Cetus Kebencian

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2021 5:26PM

Subhas Nair - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Penyanyi rap tempatan, Subhas Nair didakwa di mahkamah dengan empat tuduhan cuba menghasut kebencian dalam kalangan kumpulan kaum dan agama yang berbeza.

Lelaki berusia 28 tahun itu, yang nama penuhnya tertera dalam kertas pertuduhan sebagai Subhas Govin Prabhakar Nair, dituduh melakukan kesalahan itu sebanyak empat kali antara Julai 2019 dengan Mac 2021.

Insiden pertama dipercayai dilakukan pada 29 Julai 2019 apabila Nair menerbitkan video rap online. Menurut kertas pertuduhan, Nair melalui video tersebut cuba mewujudkan permusuhan antara kaum Cina dengan kaum-kaum lain.

Nair dikenakan amaran bersyarat selama dua tahun oleh pihak polis pada 14 Ogos 2019 berhubung kejadian tersebut. Amaran itu menetapkan bahawa jika dia melakukan kesalahan yang sama, dia boleh didakwa atas kejadian tersebut selain sebarang kesalahan baru.

Insiden kedua dipercayai berlaku pada 25 Jul 2020, apabila Nair memuat naik komen ke akaun media sosialnya sebagai respons terhadap video orang Cina beragama Kristian yang membuat komen berbaur kebencian terhadap masyarakat lain.

Nair juga dipercayai mengeluarkan komen yang mendakwa seolah-olah orang Melayu beragama Islam yang membuat komen serupa akan diberikan layanan yang berbeza oleh pihak berkuasa, berbanding dengan orang Cina yang beragama Kristian.

Insiden ketiga pula berhubung pergaduhan yang tercetus di Orchard Towers pada Julai 2019. Nair dituduh cuba menghasut permusuhan antara kaum Cina dan India dengan mendakwa pada 15 Okt 2020 bahawa salah seorang tertuduh - seorang lelaki Cina - terlibat dalam kematian seorang lelaki India menerima hukuman lebih ringan oleh pihak berkuasa disebabkan oleh bangsanya.

Pada 11 Mac 2021, ketika Nair sedang disiasat oleh polis mengenai komen berhubung Orchard Towers, Nair dipercayai cuba menghasut kebencian antara orang Cina dengan India sekali lagi. Ini dipercayai dilakukan dengan sengaja memaparkan lukisan kartun pada akaun media sosialnya pada 15 Oktober 2020 semasa satu persembahan tertutup.

Nair didakwa atas kesalahan pada Julai 2019, iaitu berhubung video rapnya, kerana melanggar syarat amarannya dengan melakukan kesalahan baru.

Jika didapati bersalah kerana cuba menghasut kebencian antara kumpulan kaum dan agama yang berbeza, Nair boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan didenda bagi setiap kesalahan.

Dalam kenyataannya, polis menegaskan bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang membuat "dakwaan tidak berasas" seolah-olah undang-undang, atau agensi-agensi penguatkuasanya, memberikan layanan berbeza berdasarkan agama atau kaum.

Dakwaan sedemikian "berpotensi menggugat keharmonian kaum dan agama di Singapura dan menghakis kepercayaan orang ramai terhadap agensi penguat kuasa undang-undang kita", menurut polis. - Berita Mediacorp
 

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad