web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Singapura Rekod Lebih 5,000 Kes Baharu COVID-19

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2021 12:41PM

SIngapura merekodkan kes tertinggi semalam sejak COVID-19 dikesan tahun lalu iaitu 5,324 kes baharu. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Singapura melaporkan lebih 5,000 kes COVID-19 harian baharu pada Rabu (27 Oktober), jumlah tertinggi direkodkan sejak ia mula dikesan tahun lalu.

Daripada 5,324 kes baharu, Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu berkata 4,651 kes adalah kes tempatan, 661 di asrama pekerja asing, dan 12 kes import.

“Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.15,” kata kementerian itu dalam kemas kini data hariannya.

Kementerian berkata jumlah jangkitan adalah luar biasa tinggi, kebanyakannya adalah kes positif yang dikesan oleh makmal ujian dalam tempoh beberapa jam pada petang Rabu.

“MOH sedang meneliti lonjakan kes yang luar biasa dalam tempoh yang agak singkat, dan memantau teliti arah alirannya untuk beberapa hari akan datang,” kata kenyataan itu.

Menurut kemas kini itu, 3,172 kes dibenarkan keluar dari hopital pada Rabu manakala 1,777 kes masih dirawat dengan 308 kes memerlukan bantuan oksigen di wad am, 76 pesakit tidak stabil dan berada di bawah pemantauan rapi di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan 66 kes kritikal dan diintubasi di ICU.

Sepanjang 28 hari lepas, daripada 90,203 individu yang dijangkiti, 98.7 peratus tidak bergejala atau mengalami simptom ringan, 0.9 peratus memerlukan bantuan oksigen di wad am, 0.1 peratus tidak stabil dan di bawah pemantauan rapi di unit rawatan rapi (ICU), 0.1 peratus sakit tenat dan diintubasi di ICU, dan 0.2 peratus meninggal dunia.

Kadar keseluruhan penggunaan ICU semasa adalah 79.8 peratus dan kementerian berkata "ia dalam proses untuk menyediakan lebih banyak katil ICU."

Sehingga 26 Okt, 84 peratus penduduk Singapura telah melengkapkan vaksinasi penuh mereka atau menerima dua dos vaksin COVID-19, 85 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 14 peratus telah menerima dos penggalak.

Sehingga tengah hari Rabu, jumlah kes di negara itu adalah 184,419 dengan 349 kematian. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 18 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar