web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemain Geylang International Positif COVID-19, Seluruh Skuad Diasingkan

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 11:00AM

Pemain Geylang International terpaksa menjalani kuarantin selepas salah seorang pemainnya positif COVID-19. - Gambar dari Berita Mediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Seorang pemain dari pasukan Geylang International disahkan positif COVID-19, menurut Liga Perdana Singapura (SPL).

Seluruh skuad Geylang kini menjalani tempoh pengasingan kendiri dan semua sesi latihan sudah digantung setelah pemain itu yang tidak didedahkan namanya disahkan positif melalui ujian tindak balas rantai polimerase (PCR). Pemain tersebut sudah ditempatkan di sebuah kemudahan kuarantin.

"Selain itu, pemain-pemain lain dan para pegawai pasukan akan menjalani Ujian Pantas dan Mudah (FET) setiap dua hari sehingga Sabtu ini. Mereka kemudian akan menjalani satu lagi ujian PCR pada hari tersebut, menurut kenyataan media SPL.

Perlawanan Geylang seterusnya adalah menentang pasukan Balestier Khalsa FC pada 19 September yang akan dijadual semula.

Kes COVID-19 itu pertama kali dikesan semasa menjalankan ujian wajib mingguan ke atas kesemua pemain dan pegawai kelab SPL.

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dimaklumkan mengenai jangkitan tersebut pada lewat Isnin malam.

Sementara ujian bagi pasukan Albirex Niigata, pasukan terakhir menentang Geylang, kesemuanya disahkan negatif.

Sebagai langkah berjaga-jaga, skuad Albirex akan menjalani FET pada Selasa dan Khamis, menurut SPL, sambil menambah bahawa kesemua pegawai yang terlibat dalam perlawanan antara Geylang dengan Albirex perlu menjalani sekurang-kurangnya dua ujian FET.

Perlawanan Albirex seterusnya adalah menentang Lion City Sailors pada Jumaat yang akan diteruskan seperti biasa.

"FAS bekerjasama dengan para pengendali lokasi seperti Hab Tampines Kita, Stadium Jurong East dan Stadium Jalan Besar, di mana protokol pembersihan menyeluruh bagi kemudahan mereka sudah dimulakan sejak malam semalam," menurut kenyataan itu lagi. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar