web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kertas Siasatan Babitkan Selebriti Dihantar Pada Pendakwa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2021 1:59PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA PILAH - Kertas siasatan terhadap seorang selebriti yang dipercayai terlibat dengan kes pemerdagangan manusia akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya esok untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Ghani berkata setakat ini beberapa saksi telah dipanggil untuk membantu siasatan.

“Siasatan sedang dilengkapkan dan apabila selesai, kita akan rujuk kepada pihak Pendakwa Raya untuk arahan berikutnya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan penahanan seorang selebriti lelaki berumur 40-an pada 1 Ogos lepas bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks dalam satu sekatan jalan raya di sekitar negeri ini.

Selebriti itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman tiga hari.

Susulan penahanan tersebut, polis menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau di sebuah bilik hotel di Kuala Pilah dekat sini dan mendapat perintah perlindungan sementara untuk menempatkan mangsa di sebuah rumah perlindungan di Johor.

Sabtu lepas, seorang lagi suspek lelaki berumur lingkungan 30-an turut direman sehingga 13 Ogos ini untuk membantu siasatan kes tersebut.

Amran berkata kes disiasat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad