web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID: Malaysia Rekod Kematian Tertinggi 2 Hari Berturut-turut

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 8:39PM

Angka kematian yang direkodkan hari ini adalah 207 orang, sama seperti semalam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan kematian harian tertinggi untuk dua hari berturut-turut sejak penularan COVID-19 di negara ini dengan 207 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, selepas angka yang sama dicatat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini sebanyak 8,408 kes atau 0.81 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata kes kematian hari ini membabitkan 181 warganegara, manakala 26 lagi warga asing.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata daripada 16,117 kes baharu hari ini, kategori lima iaitu kes kritikal dan menggunakan ventilator adalah sebanyak 87 kes atau 0.5 peratus dengan 95.4 peratus tiada sejarah vaksinasi.

Katanya kategori empat yang memerlukan bantuan oksigen adalah sebanyak 124 kes atau 0.8 peratus dengan 83.9 peratus tiada sejarah vaksinasi.

“Kategori tiga melibatkan radang paru-paru sebanyak 135 kes atau 0.8 peratus dengan 73.3 peratus tiada sejarah vaksinasi.

“Bagi kategori dua dengan gejala ringan sebanyak 6,710 kes atau 41.6 peratus dengan 79.5 peratus tiada sejarah vaksinasi manakala kategori satu tiada gejala merekodkan sebanyak 9,061 kes atau 56.3 peratus dengan 94.4 peratus tiada sejarah vaksinasi,” katanya.

Beliau berkata dapatan itu adalah berdasarkan keadaan klinikal pesakit semasa baharu didiagnosis  COVID-19.

“Ada antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status sama ada bertambah baik atau merosot ke kategori lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata secara keseluruhannya, pada permulaan diagnosis, 2.1 peratus kes dilaporkan hari ini berada pada kategori tiga hingga lima (82.7 peratus tiada sejarah vaksinasi) dan 97.9 peratus kes pada kategori satu dan dua (88.1 peratus tiada sejarah vaksinasi). - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad