Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sidang Parlimen Secara Hibrid Akhir Ogos Atau Awal September

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2021 5:21PM

Persidangan Parlimen secara hibrid dijangka boleh diadakan sekitar akhir Ogos atau selewat-lewatnya minggu pertama September 2021. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persidangan Parlimen secara hibrid dijangka boleh diadakan sekitar akhir Ogos atau selewat-lewatnya minggu pertama September 2021.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dalam kenyataan bersama hari ini bagaimanapun menyatakan beberapa persiapan dari aspek perundangan, pentadbiran, teknikal, perolehan bekalan perlu diperkemaskan terlebih dahulu untuk memastikan persidangan secara hibrid itu berjalan lancar.

Sehubungan itu, satu sidang Khas Parlimen akan diadakan awal Ogos dengan andaian semua aspek perundangan mengenai persidangan alternatif berkenaan dapat diselesaikan akhir Julai dan sekiranya ia diluluskan di peringkat Jawatankuasa Dewan dan Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat. 

“Sesi Sidang Khas ini penting bagi memastikan semua Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perincian mengenai hal-hal resolusi yang diperlukan untuk diterima pakai berkaitan perancangan mengadakan sidang Parlimen secara hibrid merangkumi beberapa pindaan ke atas Peraturan Mesyuarat, takrif-takrif persidangan maya, penyelarasan tanggungjawab Ahli Parlimen serta perkara teknikal berkaitan.

“Sekiranya cadangan ini diterima  kedua-dua Dewan, sedikit masa lagi diperlukan Parlimen Malaysia untuk memperoleh bekalan, mengintegrasikan sistem persidangan hibrid dengan sistem sedia ada, ujian (trial run), pentauliahan dan latihan kepada petugas dan juga Ahli-ahli Parlimen,” menurut Yang Dipertua kedua-dua dewan.

Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat itu mempengerusikan bersama Jawatankuasa Khas Pemandu Persidangan Parlimen Secara Hibrid, yang diangotai Timbalan-timbalan Yang Dipertua dan Setiausaha kedua-dua Dewan serta pihak urus setia Parlimen Malaysia.

Mengambil kira keadaan semasa penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuat kuasa, Jawatankuasa Khas itu telah mengkaji dan meneliti aspek teknologi dan metodologi penjalanan persidangan hibrid dan mencadangkan persidangan kedua-dua dewan diadakan secara hibrid.

Secara umumnya, persidangan hibrid ini melibatkan kehadiran fizikal sekurang-kurangnya 26 Ahli Dewan Rakyat untuk menepati kehendak korum di Dewan Rakyat dan 10 Ahli Senator di Dewan Negara.

Anggota yang selebihnya mempunyai pilihan sama ada untuk hadir secara fizikal atau maya, tertakluk kepada apa-apa syarat mesyuarat yang dikenakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) ataupun Kementerian Kesihatan (KKM) pada masa persidangan.  

Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat itu memaklumkan bahawa hal-hal persiapan berkenaan telah dimaklumkan kepada perdana menteri selaku Ketua Majlis semalam dan telah mendapat kerjasama serta galakan yang amat baik.

Mengulas lanjut, kedua-duanya berkata inisiatif utama ini diambil demi menjamin keutuhan Parlimen sebagai institusi tertinggi negara sentiasa terpelihara dan beberapa perincian lain akan diumumkan kemudian setelah Jawatankuasa Teknikal selesai berurusan.

“Menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong untuk diadakan persidangan secepat mungkin dan mengambil maklum komitmen dan kuasa perdana menteri selaku Ketua Majlis untuk menetapkan tarikh persidangan,

“Jawatankuasa Khas tersebut memberi komitmen untuk melakukan segala yang terdaya supaya kemudahan persidangan hibrid ini dapat disediakan seberapa segera yang mungkin,” menurut Yang Dipertua kedua-dua dewan itu. - Bernama

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

Semasa 1 hari yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki

Semasa 9 jam yang lalu

Nenek Meninggal Dunia Ditimpa Pokok Kekabu

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 9 jam yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM