web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ringankan Tugas Jentera Kesihatan, PAPISMA Selenggara Operasi Vaksin PPV Masjid

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 8:39AM

Antara barisan sukarelawan PAPISMA, iaitu NGO yang diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan PPV masjid bagi Terengganu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU – Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan diberi mandat untuk mengendalikan pusat pemberian vaksin (PPV) yang berpusat di masjid seluruh negeri.

Pengerusinya, Dr Zuraizi Jaffar berkata, tanggungjawab besar itu diamanahkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), bermula di PPV Masjid At Taqwa Durian Burung di sini.

Menurut beliau, tugas pertama mereka itu bermula Sabtu lalu, membabitkan 30 sukarelawan.

“Sambutan yang diterima cukup baik, Alhamdullilah, apabila kesemua 120 penerima vaksin hadir mengikut slot temu janji masing-masing.

“Tidak ada masalah setakat ini,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini.

Dr Zuraizi berkata, dana adalah cabaran terbesar mereka setakat ini kerana operasi PPV di masjid sebenarnya menelan belanja yang amat tinggi.

PAPISMA jelasnya, ada menerima dana daripada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) namun ia masih tidak mencukupi.

“Walaupun tidak berdepan sebarang masalah membabitkan penerima vaksin, kami masih dibelenggu beberapa kekangan logistik, antaranya kekurangan peralatan seperti komputer riba dan sistem penyimpanan data bagi menjalankan proses pendaftaran.

“PAPISMA juga perlu mengeluarkan bajet bagi urusan kebajikan sukarelawan memandangkan khidmat kumpulan kami sebenarnya adalah secara percuma,” katanya.

Mengulas lanjut Dr Zuraizi berkata, semua sukarelawan juga tidak menerima sebarang elaun, justeru PAPISMA perlu menjaga kebajikan semua petugas, mencakupi makan minum dan pengangkutan.

“Ada juga sukarelawan tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap dan turun membantu bagi mengisi masa. Semua itu membabitkan kos,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan PAPISMA beliau memberitahu, pertubuhan itu bersama CITF menyasarkan untuk membuka lebih banyak PPV masjid.

“Kos untuk perancangan ini amat besar, justeru kami amat berharap orang ramai sudi menghulurkan sumbangan bagi memastikan matlamat ini dapat direalisasikan.

“Kalau untuk satu projek kami boleh tanggung lagi tapi nak berterusan buat seperti ini memang perlukan sumbangan dari orang ramai,” katanya.

Beliau berkata PAPISMA anat mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai dan ia boleh disalurkan kepada Tabung Dana COVID-19 PAPISMA Terengganu.

Mengulas mengenai operasi PPV di masjid, Dr Zuraizi berkata, sasaran PAPISMA adalah untuk mencapai 80 peratus imuniti kelompok di negeri itu.

“Kita akan teruskan program ini sehingga 80 peratus imuniti kelompok tercapai, cuma operasi kita hanya pada hujung minggu kerana ramai di antara kami terikat dengan tugasan rasmi masing-masing.

“Saya sendiri adalah pakar kanak-kanak dan hanya memiliki masa terluang pada hujung minggu,” jelasnya.

Pada masa sama beliau berkata, PPV di masjid sebenarnya tidak terhad kepada umat Islam sahaja ia terbuka kepada semua peringkat masyarakat, tanpa mengira kepercayaan.

“Siapa sahaja boleh datang asalkan jarak kediaman mereka berada dalam lingkungan 30 kilometer dari masjid.

“Bagi PPV di masjid, kita tak uruskan permohonan vaksin kerana tugas itu dibuat CITF peringkat daerah.Tugas PAPISMA menjalankan proses suntikan berdasarkan senarai nama yang diterima daripada CITF,” katanya. – Getaran, 22 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

3

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

4

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 minit yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran