web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tawar Vaksin Di Media Sosial, 2 Individu Direman

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2021 1:00PM

Dua lelaki direman selepas menawarkan vaksin COVID-19 menerusi media sosial pada harga antara RM450 hingga RM800. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan dua individu yang menawarkan vaksin COVID-19 menerusi laman sosial Facebook dan panggilan telefon dengan kadar RM450 terbongkar selepas aktiviti terbabit dilaporkan oleh seorang pegawai perubatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamaruddin Md Din, berkata pihaknya menerima maklumat terbabit daripada seorang pegawai perubatan pada 14 Jun lalu.

Katanya, vaksin terbabit ditawarkan pada harga RM450 untuk warga negara dan RM800 kepada warga asing.

“Hasil siasatan dan maklumat risikan, dua individu iaitu seorang lelaki dan wanita tempatan yang disyaki terbabit dalam menawarkan pakej vaksin itu ditahan.

“Kedua-dua mereka direman selama dua hari bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan dijalankan,” katanya hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek membuat penawaran pakej vaksin tersebut melalui laman sosial Facebook dan panggilan telefon.

“Pelanggan yang berminat akan didaftarkan ke dalam Program Vaksinasi COVID-19 Selangor (SCVP) menerusi aplikasi Selangkah.

“Mana-mana pembeli yang berminat untuk mendaftar melalui mereka akan diletakkan di dalam senarai menunggu dan pembayaran hanya dibuat oleh pembeli setelah nama mereka tersenarai sebagai penerima vaksin melalui aplikasi Selangkah," katanya.

Mohd Kamaruddin berkata, suspek mendakwa telah menghubungi kira-kira 30 individu, dengan 10 peratus menyatakan minat untuk membelinya.

"Semakan lanjut mendapati sehingga kini pendaftaran SCVP hanya dihadkan kepada syarikat sahaja dan masih belum dibuka kepada individu persendirian," katanya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai untuk lebih peka dan cakna terhadap inisiatif vaksinasi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan, bagi mengelakkan dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab. - Getaran, 18 Jun 2021

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar