web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jenazah Nur Izzati Humaira Dibawa Ke Hospital Sungai Buloh Untuk Bedah Siasat

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2026 8:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jenazah Nur Izzati Humaira Azizul, remaja perempuan yang meninggal dunia selepas hilang ketika mendaki Bukit Asa, Hulu Bernam, Hulu Selangor Sabtu lepas, dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) bagi proses bedah siasat petang ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor ACP Ibrahim Husin berkata mayat mangsa ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) pada 11.58 pagi tadi, selepas operasi pencarian memasuki hari keempat.

Beliau berkata mayat mangsa berjaya dibawa keluar dari kawasan kejadian pada 1.08 tengah hari.

Tinjauan Bernama di Unit Forensik HSB mendapati jenazah mangsa tiba pada 5.20 petang.

"Siasatan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) selepas sebelum ini dibuka sebagai kes orang hilang (OH)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

"Siasatan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) selepas sebelum ini dibuka sebagai kes orang hilang (OH)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi SAR selama empat hari itu melibatkan seramai 114 anggota daripada pelbagai agensi termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), malim gunung serta sukarelawan.

Nur Izzati Humaira, 19, dipercayai tersesat pada 10.50 pagi Sabtu lepas ketika menuruni bukit bersama keluarganya.

Allahyarham dipercayai mengambil keputusan untuk berjalan sendirian bagi sampai lebih awal ke kaki bukit kerana berasa panas dan penat sebelum dilaporkan hilang. - BERNAMA

Sorotan

1

PRN JOHOR: SPR Siasat Imej Kertas Undi Bertanda Dikongsi Dalam Talian

2

DAP Terima Kekalahan Dengan Terbuka, Kenal Pasti Faktor Kekalahan

3

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

4

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

5

PRN Johor: BN Isytihar Kemenangan, Catat Majoriti Mudah Dalam Keputusan Tak Rasmi 

6

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Wanita Maut, 2 Cedera Nahas 2 Kenderaan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Melaka Meningkat 1,000 Orang, 2 Daerah Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Onn Hafiz Kembali Terajui Johor, Angkat Sumpah Depan TMJ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

oleh Sophia Ahmad