web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Buru Lelaki Disyaki Kurung, Liwat Remaja 

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2026 8:31AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki mengurung serta meliwat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning, Seksyen 32 di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata siasatan mendapati suspek dipercayai memperdaya mangsa dengan menawarkan untuk membelanja remaja terbabit pakej Internet telefon bimbit jika membantu lelaki berkenaan untuk mengangkat barang di rumahnya.

"Remaja itu kemudiannya diikat kaki dan tangan sebelum disyaki diliwat oleh suspek. Semasa dikurung dan ditinggalkan berseorangan di dalam rumah tersebut, mangsa berjaya membuka ikatan dan telah menjerit meminta bantuan melalui tingkap bilik rumah.

"Mangsa juga didapati telah dikurung selama kira-kira tiga jam sebelum diselamatkan oleh jiran berhampiran yang terus menghubungi pihak polis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramsay berkata orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak dan mengingatkan mereka untuk tidak mendekati orang yang tidak dikenali bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Suspek telah dikenal pasti dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Insp Mohamad Sabri Abd Rani di talian 017-2892628," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 342, 377C dan 323 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

3

Semasa 3 hari yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad