web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


25 Penerima Darjah, Pingat Kebesaran Sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis Ke-82

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2025 5:24PM

Gambar Jabatan Penerangan Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ARAU - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran kepada 25 penerima sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-82 pada Istiadat Penganugerahan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Perlis di Istana Arau di sini hari ini.

Menurut kenyataan Kerajaan Negeri Perlis, jumlah 25 penerima itu merupakan simbolik dipilih bersempena sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Tuanku Syed Sirajuddin sebagai Raja Perlis yang bermula 17 April lepas hingga 16 April 2026.

Kenyataan itu memaklumkan mendahului senarai penerima itu dengan Darjah Dato' Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (D.S.S.J) yang membawa gelaran Datuk Paduka ialah Pengerusi ARKA Holding Engku Maharaja Lela Setia Paduka Datuk Syed Budriz Putra Jamalullail Syed Amir Abidin Jamalullail.

Ini diikuti Hakim Mahkamah Tinggi Kangar Dr Arik Sanusi Yeop Johari yang dianugerahkan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perlis (D.P.M.P) membawa gelaran Datuk pada istiadat penganugerahan darjah dan pingat kebesaran itu.

Sementara itu, Darjah Dato' Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (D.S.P.J) yang membawa gelaran Datuk dianugerahkan kepada tiga penerima iditu Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara Mohamad Haris Kader Sultan, bekas Pengerusi Rejimen Renjer Diraja Mejar Jeneral (Jen) Datuk Abdul Rahman A Wahab dan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Datuk Dr Zaliman Sauli.

Bekas Pengerusi Kor Polis Tentera Diraja Mejar Jen Abd Wahab Geoh, Ketua Pengarah Pengurusan dan Latihan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional Mejar Jen Mohd Azmurin Mat Khalib dan Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Kedah Zepri Saad pula masing-masing menerima anugerah Darjah Dato' Panglima Sirajuddin Jamalullail (D.P.S.J) yang membawa gelaran Datuk.

Dalam pada itu, Darjah Setia Mahkota Perlis (S.M.P) dianugerahkan kepada enam penerima termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Rus'sele Eizan, Pengarah Pendidikan Perlis Rose Aza Che Arifin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniMAP Profesor Dr Mohd Mustafa Albakri Abdullah dan Ketua Jabatan Otorinolaringologi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Brigedier Jen Dr Loh Sheau Torng.

Selain itu, sembilan orang pula masing-masing menerima anugerah Darjah Seri Sirajuddin Perlis (S.S.P) pada istiadat penganugerahan itu, antaranya Aide-de-Camp kepada Raja Perlis Kolonel Hairil Razman Mohamad, Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Ahmad Dasuki Abdul Majid, Pengarah Imigresen Perlis Khairul Amin Talib, Pengarah Bahagian Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan Zainudin Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Mohd Nazim Mohd Noor.

Kenyataan itu turut memberitahu dua penerima dianugerahkan Darjah Ahli Mahkota Perlis (A.M.P) iaitu Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Azmi Abdul Latip dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Raja Perlis Shaiful Amri Ahmad Safian.

Turut berangkat pada istiadat penganugerahan itu Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. - BERNAMA

Sorotan

1

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

2

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

3

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

4

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

5

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

6

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Sindiket Pelacuran Disyaki Beroperasi Di Hotel 3 Bintang Diserbu, 8 Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

oleh Sophia Ahmad