web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Cari Alternatif Untuk Untung, Bukan Bergantung Dengan Mesin ATM’ - PPPM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2025 6:00PM

Bank perlu meningkatkan standard keselamatan siber masing-masing demi kebaikan semua pihak - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Institusi perbankan di negara ini seharusnya mencari kaedah alternatif bagi meraih keuntungan, berbanding bergantung kepada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang digunakan pelanggan. 

Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Pulau Pinang (PPPM), Datuk K. Koris Atan berkata, bank juga perlu meningkatkan standard keselamatan siber masing-masing demi kebaikan semua pihak. 

Menurut beliau, jenayah berorientasikan penipuan semakin meningkat dan ia melibatkan jutaan ringgit setiap tahun.

“Perbaiki tahap keselamatan teknologi kewangan dan mungkin pengguna akan kurang bergantung kepada mesin ATM untuk transaksi tunai," katanya. 

Jelas Koris, PPPM tidak ketinggalan menyertai desakan untuk menghapuskan caj pengeluaran RM1 untuk pengeluaran antara bank di mesin ATM 

“Sejak kempen #HapusCajRM1 dimulakan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) Disember lalu, ia menerima sokongan padu kumpulan pengguna, aktivis, dan ahli politik.

"Perbaiki tahap keselamatan teknologi kewangan dan mungkin pengguna akan kurang bergantung kepada mesin ATM untuk transaksi tunai," katanya. 

Sekitar Ogos tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), Farhan Ahmad dalam satu wawancara dengan Astro Awani mendedahkan,  PayNet pada 2023 telah memproses transaksi berjumlah RM5.15 trilion iaitu 3.3 kali ganda Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia. 

Mengulas perkara berkenaan, Setiausaha Agung NUBE, J Solomon berkata, majoriti bank di negara ini meraih keuntungan besar dan sudah tiba masanya mereka kembali menyumbang untuk masyarakat.

"Walaupun RM1 nampak kecil bagi sesetengah orang, ia akan bertambah dan ini boleh membuat perbezaan besar kepada ramai rakyat Malaysia yang bergelut hanya untuk mendapatkan makanan yang sempurna. 

“NUBE berdiri teguh dengan fakta bahawa peningkatan kos sara hidup  di Malaysia memberi kesan tidak seimbang kepada golongan B40,” katanya. 

Tegas beliau, senario tersebut memburukkan lagi kedudukan kewangan rakyat, sekali gus menyumbang kepada pelbagai cabaran sosial, kesihatan, dan psikologi.

“Untuk menangani cabaran ini, dasar disasarkan yang memberi tumpuan kepada keperluan segera dan pemberdayaan ekonomi jangka panjang adalah penting, bukan keuntungan yang lebih tinggi,” katanya. - Getaran, 15 Januari 2025

Sorotan

1

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

2

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

3

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

4

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

5

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

6

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 47 minit yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar