Ayam Goreng Mamak adalah hidangan yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kerangupan ayam berjus yang diperap dengan rempah-ratus istimewa membuatkan ramai yang ’angau’ dengan kelazatannya.
Dek kerana itulah, restoran makanan segera Marrybrown tampil dengan hidangan terbaharu, Ayam Epik yang diilhamkan daripada hidangan mamak yang digemari dan diperap dengan adunan rempah ratus beraroma asli, antaranya lada, serbuk kari, jintan manis, ketumbar, bawang merah, bawang putih dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, Daniel Chan berkata, Marrybrown sentiasa berbangga menjadi jenama Malaysia yang memahami kenikmatan hidangan tempatan di kalangan rakyat Malaysia.
“Ayam rangup sememangnya menjadi kegemaran orang muda, menjadikannya salah satu pilihan makanan segera paling popular di sini, dan kami yakin pelancaran menu baharu ini pasti akan memikat selera penggemar ayam di seluruh negara.
“Matlamat kami supaya setiap kunjungan ke Marrybrown menjadi detik yang bermakna, kerana di sinilah tempatnya untuk rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat boleh berkumpul bersama.
“Memandangkan penghujung tahun semakin hampir, Ayam Epik menyediakan peluang terbaik untuk rakan taulan dan keluarga berkumpul bersama, sambil menikmati hidangan yang benar-benar mencerminkan cita rasa rakyat Malaysia,” ujarnya.
Ayam Epik tersedia untuk masa yang terhad, jadi jangan buang masa jika anda tidak mahu ketinggalan menikmati keunikan rasa Ayam Epik Marrybrown dalam pelbagai pilihan lazat.
Antara set pilihan yang menanti anda di Marrybrown ialah:
1. Kombo 2 Ketul Ayam Epik

Berharga dari RM17.50, sajian dua ketul ayam berempah yang lazat dihidangkan bersama kentang lenyek berkrim pilihan anda, dan teh lemon ais yang menyegarkan.
2. Kombo Nasi Kari Ayam Epik
Rasai keseimbangan perisa daripada sepinggan kombo Nasi Kari Ayam Epik harganya bermula dari RM15.90.

Hidangan nasi gebu beraroma kari ini dihidangkan bersamakari papadam rangup, acar, telur rebus dan seketul Ayam Epik. Hidangan lengkap yang memuaskan selera ini pasti dapat memenuhi rasa lapar anda!
3. Ayam Epik Box Meal
Sukar membuat pilihan antara ayam rangup dan burger ayam? Jangan risau kerana anda boleh memiliki kedua-duanya dengan Ayam Epik Box Meal dengan harga dari RM19.90.
Set ini hadir dengan seketul ayam rangup, burger ayam, kentang lenyek panas, dan teh lemon ais.

Ayam Epik turut dihidangkan dalam set tiga ketul, lima ketul dan lapan ketul, harga bermula dari RM22.90, RM35.50 dan RM56.80 masing-masing.
Marrybrown® kini menyantuni berjuta-juta pelanggan di lebih 600 restoran di 16 negara dengan objektif memberikan standard kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai pada tahap tertinggi untuk pengalaman menjamu selera yang sempurna. - Getaran, 19 November 2024