web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anti Vaksin Sebar Dakyah, Hasut Komuniti Orang Asli

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2021 4:58PM

Abdul Rahman Mohamad (tengah) menerima borang pendaftaran temu janji COVID-19 daripada masyarakat Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Ada pihak dikesan cuba menghasut komuniti Orang Asli  untuk menolak suntikan vaksin COVID-19, kata Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Beliau berkata, kumpulan itu telah masuk ke perkampungan Orang Asli dan menyebarkan dakyah anti vaksin hingga menimbulkan ketakutan terhadap perkara buruk yang mungkin berlaku jika mengambil suntikan berkenaan.

“Kita ada data (penghasut) tapi kita tak nak beritahu siapa, kumpulan ini masuk ke kampung- kampung Orang Asli sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.

“Orang ini mengatakan kepada Orang Asli, jangan terima vaksin sebab ia tak boleh bertahan, dan dalam dua tiga tahun (penerima) akan mati, ” katanya kepada media selepas penyerahan pek makanan di perkampungan Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu.

Abdul Rahman berkata, terpengaruh dengan fakta tidak betul yang dibaca di media sosial turut menjadi punca komuniti berkenaan menolak suntikan vaksin.

Beliau berkata perkara itu menyebabkan jumlah Orang Asli yang mahu menerima suntikan COVID-19 sangat kecil iaitu sekitar 15,300.

“Kita anggarkan penerima vaksin COVID-19 untuk Orang Asli adalah 120,000 dan borang pendaftaran temu janji diterima semula adalah sebanyak 79,410.

“Dari 79,410 borang itu, hanya 15,300 yang setuju untuk divaksin manakala selebihnya menolak. Ini satu jumlah yang besar dan sangat membimbangkan,” katanya.

Difahamkan setakat ini, hanya 3,019 Orang Asli sudah divaksin dengan 1,330 pula telah menerima dos kedua.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata, pihaknya menyasarkan sehingga 14 Jun untuk pengagihan bakul makanan kepada 62,269 ketua isi rumah komuniti berkenaan.

Sementara itu, majoriti penduduk kampung Oang Asli Sungai Berua yang ditemui Getaran mengakui  takut dan tidak mahu menerima vaksin COVID-19.

Seorang penduduk, Ibrahim Awang, 75 berkata, mereka sememangnya tidak mahu disuntik kerana mendengar kesan yang menakutkan berhubung vaksin tersebut.

“Memang majoriti Orang Asli di sini menolak sebab kita takut kalau jadi apa- apa kesan sampingan COVID-19 pada kita.

“Dan saya rasa orang kampung tidak perlu vaksin sebab kita tidak keluar dan tidak ada kes COVID di sini,” katanya.

Tok Batin perkampungan asli Sungai Berua Rosli Desoh,47 pula berkata, beliau kini akan cuba memujuk dan memberi penerangan kepada orang kampungnya mengenai kebaikan vaksin.

“Sekarang ini memang saya kena beri penerangan dan penjelasan bagi mereka faham penting ambil vaksin COVID-19 supaya kita boleh kerja dan keluar.

“Kita jangan takut untuk vaksin sebab ia akan menyelamatkan kita dari jangkitan COVID-19, dan itu yang saya beritahu kepada penduduk kampung," katanya. - Getaran, 8 Jun 2021


 
 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 33 minit yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad