web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Individu Terbabit Sebar Video Palsu Ditahan 

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2021 10:11PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menahan seorang individu yang dipercayai terbabit menyebarkan video palsu berhubung peraturan ketika Sekatan Penuh Perintah Kawalan Pergerakan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo berkata, video yang tersebar di WhatsApp dan TikTok itu didapati telah diubah suai dengan meletakkan tangkap layar sebuah artikel.

Menurut beliau, artikel bertajuk 'Tiada Kompromi Lagi, Keluar Rumah Selepas 7 Petang Kena Tangkap' itu telah disiarkan dalam talian pada 24 Mac tahun lalu.

"Tangkap layar artikel itu kemudiannya diubah suai individu terbabit, termasuk meletakkan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Ia turut mengandungi rakaman audio yan memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak meninggalkan kediaman masing-masing selepas jam 7 malam, atau berdepan tindakan undang-undang pihak berkuasa," katanya di sini hari ini.

Lei Choo berkata, audio berkenaan juga memberitahu, kebenaran keluar hanya diberikan kepada individu yang mempunyai urusan di klinik, hospital atau hal kecemasan seperti kematian.

"Turut dinyatakan dalam audio itu, sesiapa sahaja yang keluar membeli makanan selepas jam 6 petang akan ditangkap atas arahan Ketua Polis Negara," katanya.

Jelas beliau, kandungan audio terbabit jelas bertentangan dengan arahan sebenar diberikan Majlis Keselamatan Negara (MKN),  berpandukan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP.

"SOP sebenar adalah jelas, bahawa orang ramai dibenarkan keluar membeli makanan di mana-mana kedai yang beroperasi sehingga jam 8 malam.

"Polis menasihati orang ramai agar tidak menularkan sebarang berita palsu atau maklumat yang tidak sahih.

“Individu yang dengan niat menularkan berita tidak benar berkaitan COVID-19 untuk menyebabkan ketakutan dan kebimbangan kepada orang awam adalah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.- Getaran, 7 Jun 2021.

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad