web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengurangan Pencemaran, Penggunaan Plastik Tanggungjawab Semua Pihak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2024 1:34PM

- gambar hiasan

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Penggunaan bahan diperbuat daripada plastik adalah antara keselesaan kemodenan yang akhirnya membawa padah kepada alam sekeliling.

Kita sudah pasti pernah mendengar mengenai kewujudan mikroplastik yang terlalu halus di mata kasar, dalam persekitaran termasuk bahan makanan kita, selain bahan plastik yang mencemari sumber air serta daratan.

Mengambil kira kepentingan untuk ‘merawat’ alam sekitar yang sekian lama dicemari bahan ini, langkah bersepadu semua pihak termasuk kerajaan dan individu perlu dalam usaha mengurangkan pencemaran dan penggunaan plastik, termasuk di negara ini.

Jabatan Perikanan, dalam satu kenyataan media, berkata ia berikutan, pencemaran bahan berkenaan adalah antara isu sejagat yang memerlukan tindakan bagi mencapai sasaran pengurangan 60 peratus pengeluaran plastik global menjelang 2040.

Kenyataan itu menyebut, bagi tujuan itu, sambutan Hari Bumi Sedunia tahun ini mengambil tema ‘Planet vs Plastics’.

Ketua Pengarahnya, Datuk Adnan Hussain, berkata sebagai sebuah jabatan yang dipertanggungjawabkan menjaga persekitaran akuatik, ia komited dalam menangani isu pencemaran plastik.

“Kajian pencemaran mikroplastik dan makroplastik yang mula dilaksanakan sejak 2019 dijalankan di persekitaran akuatik Semenanjung Malaysia (khususnya bahagian barat laut dan pantai timur), Labuan serta dalam tisu ikan komersial juga kerang-kerangan.

"Dapatan kajian menunjukkan jenis plastik yang kerap ditemui dalam persekitaran akuatik tempatan dan global ialah rayon, polietilena dan polipropilena.

"Jenis plastik ini digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian terutama dalam industri pakaian, pembungkusan makanan dan lain-lain industri," katanya dipetik dalam kenyataan itu.

Lebih membimbangkan, kata Adnan, penggunaan bahan kimia yang digunakan dalam penghasilan plastik seperti bispenol A (BPA) dan phthalate boleh dirembes.

Katanya, sifat bahan berkenaan yang boleh berakumulasi dalam persekitaran dan sumber makanan, menimbulkan kebimbangan mengenai kesan jangka panjang bahan itu terhadap kesihatan sejagat. 

Beliau berkata, sudah ada banyak laporan yang menunjukkan hubung kait bahan kimia itu dengan masalah kesihatan seperti ketidakseimbangan hormon serta masalah reproduksi.

Pada masa sama, jabatan itu berkata, pendedahan berterusan mikroplastik pada kepekatan yang tinggi kepada ikan juga akan mengakibatkan pelbagai impak negatif seperti tekanan oksidatif, keradangan, imunotoksik, genotoksik, kerosakan DNA serta mengubah microbiota usus yang memberi kesan kepada pertumbuhan dan kualiti ikan.

"Selain itu, kepadatan mikroplastik yang tinggi di pantai penetasan penyu akan meningkatkan suhu pasir pantai sekali gus mengancam perkembangan penetasan penyu," kenyataan itu menyebut.

Justeru, jabatan itu berkata, perlu ada langkah bersepadu semua pihak dalam mengurangkan pencemaran dan penggunaan plastik, meningkatkan kecekapan sistem pengurusan sisa, serta galakan penggunaan bahan alternatif amat penting untuk menangani isu itu.

Sementara itu, sempena sambutan Hari Bumi 2024, jabatan itu semalam melaksanakan pelepasan 100 induk ikan kelisa emas di Tasik Bukit Merah.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Adnan Hussain dan Pengarah Perikanan Perak, Mohd Ghazali A Manap (kanan) melepaskan induk ikan kelisa emas ke dalam Tasik Bukit Merah sempena Hari Bumi 2024. – gambar BERNAMA
Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Adnan Hussain dan Pengarah Perikanan Perak, Mohd Ghazali A Manap (kanan) melepaskan induk ikan kelisa emas ke dalam Tasik Bukit Merah sempena Hari Bumi 2024. – gambar BERNAMA

Ia sebagai usaha memulihara serta menjamin kelestarian sumber khazanah bumi.

Selain itu, kenyataan itu menyebut, pelbagai program lain telah dirangka bagi mendukung Hari Bumi tahun ini.

“Jabatan Perikanan ingin mengajak semua pihak bersama-sama melindungi bumi daripada kesengsaraan pencemaran plastik.

“Kesedaran sangat dituntut dalam membuat pilihan tepat dalam kehidupan seharian kerana ia akan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat dan berkelanjutan bagi generasi akan datang,” katanya. – Getaran, 22 April 2024  

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad