web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SAR, Kembara, Santuni 20 Anak Yatim, Gembira Berkongsi Rezeki

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2024 8:14AM

Keriangan jelas terpancar pada wajah 20 anak yatim ketika melawat Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM - gambar SAR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG JAYA – Kira-kira 20 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Dar Asnaf Al Fateeh Ulu Yam, Batang Kali diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di The Base, di sini baru-baru ini.

Majlis anjuran Summit Attack Resources (SAR) serta Kelab Kembara Kosmopolitan (Kembara) itu ditaja oleh Dialisis Mukmin dan Baqara Fine Meat.

Ia turut mendapat kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan BG Capital Holdings.

Pengasas rumah anak yatim tersebut, Mohd Fazzil Che Lah berkata, mereka amat berterima kasih kepada penyumbang yang sudi meraikan 20 anak yatim dari rumah berkenaan.

“Program seperti ini amat baik terutama dalam bulan Ramadan dan kami juga sangat berterima kasih pada semua pihak yang sudi membawa anak-anak yatim ini untuk berbuka bersama-sama.

“Saya lihat mereka begitu teruja terutama apabila berpeluang melihat sendiri jentera JBPM ketika melawat Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM,” katanya pada majlis itu.

Terdahulu, kesemua anak yatim dibawa melawat ke Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM di Subang serta menyertai majlis bacaan Yasin dan Tahlil sebelum berbuka puasa.

Sementara itu, Pengarah SAR, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa berkata, program tahunan yang diadakan itu bertujuan menyantuni anak yatim dan berkongsi rezeki bersama mereka.

Pihaknya turut berharap program seumpama itu dapat menyuburkan lagi perasaan bersyukur dan berkongsi rezeki dengan golongan kurang bernasib baik. 

“Kita bercadang untuk menyantuni lebih ramai lagi golongan kurang berkemampuan pada masa akan datang.

“Kami turut berbesar hati apabila program ini turut mendapat tajaan serta kerjasama daripada rakan strategik, sukarelawan dan dermawan,” ujarnya. - Getaran, 9 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad