web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SKMM Sudah Diminta Ambil Tindakan Isu Klip Video Lagu Raya Cemar Kemuliaan Ramadan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2024 8:12AM

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sudah mengarahkan SKMM untuk ambil tindakan bersesuaian terhadap seorang pengusaha produk kosmetik yang membuat video lagu raya yang dilihat tidak beradap. - gambar BERNAMA

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sudah diminta untuk mengambil tindakan bersesuaian berhubung sedutan klip video lagu raya yang dimuat naik oleh seorang pengasas produk kosmetik yang gemar mencipta kontroversi, di media sosial baru-baru ini.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika Majlis Apresiasi Pengamal Media bersama Fahmi pada Selasa.

Beliau berkata, pelbagai maklum balas telah diperolehi berhubung penyiaran klip video itu, dan tidak dinafikan ramai yang telah meminta agar pihak terbabit dikenakan tindakan yang sewajarnya kerana perbuatan itu tidak beradab sehingga mencemarkan kesucian bulan Ramadan.

“Saya sendiri telah menonton sebahagian video yang telah dimuat naik dan saya telah minta SKMM untuk meneliti perkara ini dan mengambil tindakan yang bersesuaian.

“Buat masa ini, kita biarkan dahulu,” katanya kepada pemberita, malam tadi.

Dalam masa yang sama, Fahmi turut menasihati pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial supaya menghasilkan kandungan yang sesuai dengan semua lapisan umur.

"Kita perlu memikirkan kandungan yang kita hasilkan dengan lebih mendalam sama ada sesuai memandangkan pada waktu ini, kita tidak tahu (sama ada) yang menonton kandungan itu berumur 90 tahun, 19 tahun atau sembilan tahun," katanya.

Beliau berkata, kerajaan bimbang dengan kandungan yang boleh mendatangkan kesan negatif terutama kepada kanak-kanak di bawah 13 tahun.

Terdahulu, tular di media sosial satu klip video lagu raya baharu, nyanyian seorang pengasas produk kosmetik yang memperlihatkan ‘tarian songsang’ sekumpulan penari.

Dengan persalinan ketat, masing-masing kelihatan meliuk lentok di hadapan kamera.

Ini bukanlah kali pertama pengasas terbabit membuat ‘onar’. Tahun lalu dia juga dikecam hebat dengan klip video tidak senonoh sehingga memaksanya tampil memohon maaf.

Perbuatannya sebelum ini menyebabkan beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang pada Oktober 2022 atas empat pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang pada April tahun sama.

Perkara yang sama berulang tahun ini dan seperti dijangka beliau sekali lagi meluahkan kekecewaan dengan maklum balas orang ramai.

Malah, individu itu mendakwa banyak wang telah dibelanjakan untuk pembikinan klip video itu, namun terpaksa akur dengan pendapat ramai.

Sekali lagi, beliau tampil memohon maaf dan bertindak memadam klip video yang telah dimuat naik selain juga meminta individu yang mempunyai salinan klip video membuat perkara yang sama. – Getaran, 3 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad