web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


NADMA Laksana Pembenihan Awan Di Papar, Lahad Datu Dan Tawau

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2024 8:43AM

Proses pembenihan awan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) di tiga daerah terjejas kemarau di Sabah iaitu Papar, Lahad Datu dan Tawau, selama tiga hari bermula semalam.

Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata operasi itu, dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.

"Kemarau yang berlarutan sejak Februari, menyebabkan seramai 58,080 ketua isi rumah (KIR) dari 355 kampung di 12daerah di Sabah berdepan masalah air...bahkan impak panas dan kering ini juga berlaku kebakaran hutan serta belukar di Sabah. 

"Semoga usaha pembenihan awan yang dilaksanakan ini,boleh membantu dalam meningkatkan kapasiti air kawasan tadahan hujan dan seterusnya menjamin bekalan air, dapat disalurkan kepada pengguna tanpa sebarang gangguan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Operasi itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Meterologi Malaysia (METMalaysia), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Jabatan Bekalan Air Labuan menggunakan pesawat C-130 Hercules milik TUDM berlepas dari Labuan dan membawa empat tangki air mengandungi campuran 800 kilogram garam dan 6,000 liter air.

Khairul Shahril berkata, kerajaan negeri yang memerlukan bantuan menjalankan operasi pembenihan awan boleh mengemukakan cadangan kepada pihak NADMA bagi penilaian, kerana kesesuaian lokasi dan ramalan keadaan atmosfera di kawasan cadangan perlu dikaji terlebih dahulu oleh Met Malaysia, bagi menjamin kejayaan OPA. 

"Kejayaan OPA bergantung kepada keadaan atmosfera yang sesuai, seperti kelembapan yang tinggi, kehadiran awan kumulus dan kelajuan angin yang lemah, faktor-faktor ini membolehkan penghasilan hujan yang tepat di kawasan sasaran," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar