Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PM Berbuka Puasa Bersama Pengamal Media Di Seri Perdana

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2024 9:14PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan pengamal media yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa MADANI di Kompleks Seri Perdana. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama pengamal media pada Majlis Berbuka Puasa MADANI di Kompleks Seri Perdana di sini.

Perdana Menteri yang tiba pada 6.57 petang dengan lengkap berbaju Melayu itu disambut isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Sebelum berbuka, Anwar meluangkan masa bersalaman, berbual dan beramah mesra dengan hadirin pada majlis itu. 

Sebanyak 200 pengamal media cetak, elektronik dan dalam talian daripada lebih 70 agensi media tempatan termasuk Sabah dan Sarawak, kelab media tempatan dan antarabangsa serta veteran media diraikan dalam majlis berkenaan.

Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada 20 petugas media dan bekas petugas yang sedang mengalami keuzuran kesihatan serta kurang berkemampuan.

Sumbangan itu adalah daripada Tabung Kasih@HAWANA dan Perbadanan Nasional Bhd (PERNAS).

Tabung Kasih@HAWANA yang diwujudkan bersempena dengan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023, bertujuan menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan. 

la merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi (ketika itu Kementerian Komunikasi dan Digital) dan dilaksanakan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai usaha berterusan membantu komuniti media yang berdepan dengan kesukaran dan cabaran hidup.

Antara yang hadir dari Bernama ialah Pengerusi Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj.

Turut hadir Pengerusi Kumpulan Media Prima Bhd Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid dan Pengarang Urusan Kumpulan NSTP Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Perdana Menteri kemudian menunaikan solat maghrib secara berjemaah yang diimamkan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Abdul Karim Zakaria.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan memaklumkan majlis berbuka puasa itu merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Pejabat Perdana Menteri bertujuan menyantuni dan menghargai petugas-petugas media yang bertungkus lumus menyajikan berita-berita terkini kepada masyarakat, di samping memupuk ikatan silaturahim. - BERNAMA

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Ditahan, Cuba Ceroboh Istana Negara Bawa Parang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Mayat Pemancing Lemas Di Empangan Tasik Pedu Ditemukan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Muat Naik Ugutan Bunuh Ibu Bapa Selebriti