Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


21 Kali Ubah Untuk Bina Pintu Gerbang Masjid Imanul Fa'izin

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2024 12:18PM

Masjid Imanul Fa'izin atau Masjid Andalusia.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Ketelitian menjadi keutamaan dalam pembinaan Masjid Imanul Fa'izin atau dikenali sebagai Masjid Andalusia di Jalan Pasir Puteh, Kampung Padang Kala, di sini hinggakan untuk pintu gerbang sahaja sebanyak 21 kali ubah suai dilakukan bagi mendapatkan reka bentuk yang tepat.

Masjid yang tular kerana kecantikan dan keunikan reka bentuknya itu mula dibina pada 2020, inspirasi daripada Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pemilik masjid, Ibrahim Mat Sin, 68, berkata, sedari awal beliau amat menitikberatkan reka bentuk setiap binaan kubah, tiang mahupun pintu gerbang masjid agar secara luaran ia menyamai Masjid Sheikh Zayed.

"Sewaktu masjid ini siap dibina ukuran pintu gerbangnya tidak sama, jadi saya minta tukang untuk baikinya dengan ukuran, had tinggi dan panjang pintu yang tepat mengikut reka bentuk pintu gerbang Masjid Sheikh Zayed.

"Sebab itu tukang untuk pintu pintu gerbang ini terpaksa melakukan banyak kali kerja ketuk dan baiki semula hingga saya puas hati," katanya kepada BERNAMA baru-baru ini.

Ibrahim berkata, bagi memastikan pintu gerbang itu menepati spesifikasi yang ditetapkan, beliau memberikan banyak gambar Masjid Sheikh Zayed kepada tukang untuk mencontohi reka bentuk pintu gerbang serta binaan bahagian lain masjid itu.

"Saya hantar gambar reka bentuk pintu Masjid Sheikh Zayed kepada tukang supaya pintu gerbang Masjid Imanul Fa'izin ini hampir sama rekaannya, malah saya bimbing serta pantau perkembangan pembinaannya setiap hari menerusi WhatsApp kerana saya tinggal di Kuala Lumpur," katanya.

Ibrahim yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd berkata, setelah merasakan reka bentuk pintu gerbang tersebut hampir tepat barulah beliau bersedia membuka masjid itu kepada orang ramai.

Menurutnya, Masjid Imanul Fa'izin dibuka pada hari pertama Ramadan bagi mengambil keberkatan bulan suci itu, sekali gus menamatkan penantian orang ramai yang tertunggu-tunggu pembukaannya.

"Alhamdulillah, apabila dibuka pada hari pertama Ramadan tempoh hari hampir 2,000 jemaah hadir menunaikan solat tarawih pertama di masjid ini," katanya.

Selain pintu gerbang, kehadiran lebih 100 kubah besar dan kecil berwarna putih yang sebahagiannya ditempah khas dan dibeli dari Medan, Indonesia, turut mencuri perhatian pengunjung masjid.

"Terdapat lima kubah besar dan lebih 100 kubah kecil yang sebahagianya turut dihasilkan oleh tukang ukir dan pembuat bot fiber dari Besut, Terengganu, manakala ukiran seperti batu nisan pada bahagian bumbung sekelilling masjid ditempah daripada pengukir seni kayu tersohor dari Besut," katanya.

Menurutnya, marmar pada lantai dan dinding masjid pula dibeli dari Turkiye, Mesir dan Oman, manakala karpet seperti corak karpet Raudhah di Masjid Nabawi pula ditempah daripada kilang di Madinah.

Ibrahim berkata, pembinaan masjid itu menelan belanja lebih RM7 juta dan idea pembinaannya tercetus hasil pengalaman beliau menziarahi banyak masjid luar negara termasuk masjid dimiliki Sultan Qabus Oman dan Masjid Biru di Turkiye yang terkenal. - BERNAMA

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Tiada Kaitan Kumpulan Pengganas

Semasa 4 jam yang lalu

Anggota MALBATT Meninggal Dunia Di Lubnan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Semua 7 Suspek Warga Tempatan – ΚΡΝ

Semasa 1 hari yang lalu

Konstabel Muhamad Syafiq Kebanggaan Keluarga - Abang