Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


NACCOL Cadang Naik Harga Lantai Belian Padi, Subsidi Tambahan Kepada Pesawah

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2024 8:14AM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menaikkan harga lantai belian padi dan memberikan subsidi tambahan kepada pesawah antara cadangan yang akan dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 20 Mac ini.

Ketua Kluster Task Force Pemantauan Kluster Makanan NACCOL Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata kedua-dua cadangan itu, jika dilaksanakan, membolehkan rakyat membeli beras pada harga lebih rendah iaitu RM30 untuk 10 kilogram (kg) berbanding ketika ini RM40 untuk 10 kg. 

"Harga lantai ketika ini RM1,300 per tan metrik tetapi pesawah dapat menjual dengan harga RM1,700 per tan metrik dan harga jual itu berpatutan dengan kos pertanian yang ditanggung pesawah.

"Kita cadangkan supaya harga lantai dinaikkan daripada RM1,300 kepada RM1,500 per tan metrik supaya bila berlakunya turun naik dalam pasaran dunia, pendapatan pesawah tidak terjejas.

"Secara tidak langsung dapat menggalakkan mereka untuk meneruskan industri penanaman padi sehingga mencapai tahap sara diri (SSL) dalam pengeluaran beras," katanya kepada media selepas mengadakan sesi libat urus bersama wakil persatuan daripada pesawah, pengilang dan pemborong di sini semalam.

Syed Abu Hussin Hafiz berkata, subsidi tambahan kepada pesawah juga perlu dilaksanakan serentak dengan kenaikan harga lantai padi bagi memastikan setiap pihak yang terlibat iaitu pesawah, pengilang dan rakyat mendapat manfaatnya. 

Beliau berkata, pihaknya mencadangkan supaya pesawah diberikan subsidi tambahan bernilai RM200 bagi setiap tan metrik penjualan padi oleh kerajaan.

Cadangan itu menurutnya, dikemukakan bagi menampung kekurangan margin harga belian bagi setiap tan metrik oleh pengilang kepada pesawah.

Syed Abu Hussin Hafiz berkata, hal ini kerana harga belian padi ideal bagi setiap tan metrik adalah kira-kira RM1,700.

"Pemberian subsidi RM200 penting bagi membolehkan pesawah menikmati keuntungan pada saat pengilang hanya mampu membeli harga padi pada harga RM1,500 per tan matrik bagi memastikan beras putih dapat dijual dengan harga RM30 untuk 10 kg.

"Pemberian subsidi tambahan hanya membabitkan kos RM360 juta berbanding pemberian subsidi bersasar kepada golongan berpendapatan rendah (B40) yang mencecah berbilion ringgit," katanya.

Pada 23 Februari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agar hasil libat urus daripada mesyuarat khas NACCOL (mengenai penetapan harga ber

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Semua 7 Suspek Warga Tempatan – ΚΡΝ

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Muat Naik Ugutan Bunuh Ibu Bapa Selebriti

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 Individu Termasuk Warga Singapura Direman  7 Hari 

Semasa 1 hari yang lalu

Konstabel Muhamad Syafiq Kebanggaan Keluarga - Abang