web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pihak Pertikai Kod Etika Wartawan Malaysia Perlu Fahami Prinsip Yang Terkandung – Teo

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2024 12:58PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Pihak yang ingin mempertikaikan mengenai Kod Etika Wartawan Malaysia perlu memahami terlebih dahulu prinsip-prinsip yang terkandung di dalam kod etika tersebut sebelum membuat dakwaan ia akan menyekat kebebasan media.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, berkata kod etika tersebut telah dikemas kini dan akan menjadi panduan bagi pemegang Kad Perakuan Media (KPM) dalam melaksanakan tugas mereka.

Beliau berkata, kod etika itu mengandungi prinsip-prinsip kewartawanan yang sangat umum dan menegaskan kewartawanan yang baik dan adil.

"Saya rasa orang yang pertikaikan, sila baca (dahulu) kod ini, ia bukan dokumen baharu, ia telah diwujudkan oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI) sejak 1989 tetapi ia tidak pernah dikemas kini jadi usaha (dilakukan) oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) selepas penglibatan dengan MPI dan badan bukan kerajaan lain.

"Kalau kita baca kod etika ini, anda akan setuju, sebenarnya tiada apa-apa yang saya rasa kontroversi, prinsip-prinsip yang sangat umum dan paling penting ialah, ia menegaskan kepada laporan yang baik, berita yang adil, semua yang kita harapkan oleh seseorang wartawan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Sumbangan Back To School di sebuah pusat beli-belah di sini semalam. 

Beliau berkata, demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan segelintir pihak bahawa Kod Etika Wartawan Malaysia yang dilancarkan baru-baru ini akan menyekat kebebasan media.

Pada 20 Februari lepas, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu yang mengandungi lapan etika utama, antaranya wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk, hendaklah telus dan berintegriti serta berlaku adil dalam menyampaikan informasi.

Etika lain ialah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi, kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber.

Selain itu, wartawan juga perlu memahami undang-undang,akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka dan memberikan keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 6 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad