web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ada Mangsa Penipuan Pekerjaan Luar Negara Yang Diselamatkan Jadi Ejen Sindiket – PDRM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2024 8:13PM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada Sesi Libat Urus JSJ Bersama Masyarakat di dewan Pusat Komuniti TTDI. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia mengesyaki terdapat mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara yang pernah diselamatkan sebelum ini, menjadi ejen sindiket bagi merekrut rakyat negara ini untuk bekerja di luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata perkara itu kesan, hasil saringan daripada keseluruhan individu yang diselamatkan di Myanmar baru-baru ini.

"Kita membuat saringan di lapangan terbang, kita lihat mereka ini pernah keluar ke negara lain dalam cara atau konteks yang lebih kurang sama seperti sebelumnya.

"Apabila kita panggil dan siasat, jawapan yang diberikan oleh mangsa seperti 'sudah dilatih'," katanya pada sidang media selepas Sesi Libat Urus JSJ Bersama Masyarakat di dewan Pusat Komuniti TTDI di sini, hari ini. 

Bagi mengatasi masalah terbabit, Mohd Shuhaily berkata, pihaknya telah memaklumkan situasi tersebut kepada Kementerian Dalam Negeri, bagi menilai prosedur pengeluaran dokumen perjalanan mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara.

Mohd Shuhaily turut mendedahkan seramai 16 individu dikenal pasti sudah kembali ke negara tempat mereka terbabit dengan sindiket penipuan pekerjaan sebelum ini. 

"Kalau mereka tidak terlibat dengan apa juga permasalahan, dia akan kembali ke negara ini secara normal, namun sekiranya dia ditangkap atau menghadapi masalah sama itu menunjukkan sangkaan kita benar, bahawa mereka ini tidak serik-serik dengan apa yang pernah berlaku," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata seramai 326 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara, berjaya diselamatkan dari tahun 2021 hingga 23 Februari lepas, manakala 133 orang masih terkandas di luar negara.

Beliau berkata, kebanyakan mangsa dibawa ke negara seperti Kemboja, Myanmar, Thailand dan Laos, dan berdasarkan kajian, 73 peratus daripada mereka bekerja sebagai scammer, 12 peratus sebagai petugas khidmat pelanggan, lapan peratus bekerja di kasino dan tujuh peratus menjalankan pelbagai pekerjaan seperti tukang masak dan sebagainya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad