web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


TH Terima Permohonan Maaf, Dakwaan Pendeposit Hilang Wang Selesai

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2024 7:49PM

- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima permohonan maaf daripada seorang pendepositnya, atas dakwaan kehilangan wang miliknya.

Bahagian Komunikasi Korporat TH dalam kenyataan memaklumkan insitusi itu, telah memberikan penerangan terperinci kepada pengadu berdasarkan bukti yang jelas, malah satu pertemuan juga telah diadakan bersama pendeposit iaitu Datu Jabidah Monseri di Kuching, Sarawak, hari ini.

“Beliau telah melahirkan rasa kesal serta membuat permohonan maaf. TH menerima permohonan maaf dari beliau dan turut berterima kasih kepada Datu Jabidah, atas kerjasama baik yang telah diberikan," menurut kenyataan itu.

Media sebelum ini melaporkan TH mendapati dakwaan seorang pendepositnya kerugian lebih RM30,000, selepas wang dalam akaun TH miliknya disyaki dipindahkan ke akaun milik orang lain, didapati tidak benar sebaliknya ia dimasukkan ke dalam akaun bank milik wanita itu sendiri.

Dalam pada itu, TH turut menegaskan institusi itu mempunyai sistem pengurusan deposit yang selamat dan teguh, serta sentiasa memberi perhatian serius terhadap keselamatan dan integriti operasi. 

Menurut kenyataan itu, platform dalam talian iaitu THiJARI juga telah dibangunkan dengan ciri-ciri keselamatan menepati standard dan amalan terbaik pasaran, setaraf dengan aplikasi yang digunakan oleh institusi perbankan.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan transaksi yang mencurigakan, pendeposit boleh menghubungi Hotline Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-62071919. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad