web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


LKIM Rancang Buka 10 Lagi Pasar Nelayan Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2024 4:27PM

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil menjual pelbagai jenis ikan pada harga RM10 di Pasar Nelayan Seberang Takir. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) merancang untuk membuka 10 lagi Pasar Nelayan di seluruh negara tahun ini.

Pengerusinya Muhammad Faiz Fadzil, berkata pihaknya telah mengarahkan LKIM negeri supaya mengenal pasti dan mengemukakan cadangan lokasi yang sesuai bagi membolehkan projek itu dilaksanakan dengan segera.

Beliau berkata, hal itu bagi meningkatkan ekonomi nelayan dan membolehkan lebih ramai rakyat mendapat manfaat bekalan ikan segar pada harga lebih murah berbanding pasaran.

"Setakat ini kita dah ada 137 Pasar Nelayan di seluruh negara dengan sembilan daripadanya terletak di Terengganu.

"Untuk tahun ini kita sasar pembinaan 10 lagi Pasar Nelayan baharu di beberapa negeri, tetapi kena kenal pasti lokasi yang benar-benar strategik.

“Sebuah Pasar Nelayan memerlukan kos lebih RM200,000 untuk disiapkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pasar Nelayan Seberang Takir di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pemasaran dan Pelesenan LKIM Abdul Salim Tajudin dan Pengarah LKIM Terengganu Ahmad Nazri @ Abd. Zaim Madri. 

Sementara itu, Muhammad Faiz berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti 77 Pasar Nelayan yang tidak aktif di seluruh negara.

Menurutnya, perkara itu berlaku susulan kedudukan pasar yang tidak strategik iaitu jauh dari taman perumahan atau penempatan.

"Sebab itu kita perlu kenal pasti lokasi yang betul-betul strategik untuk bina Pasar Nelayan baharu. Kita tak mahu sekadar buat tetapi akhirnya tak dapat sambutan mengggalakkan dan projek tidak dimanfaatkan.

"Di Terengganu lapan Pasar Nelayannya aktif dan mencatat nilai jualan sebanyak RM6.1 juta sebulan. Dan yang terbaharu, Pasar Nelayan Seberang Takir ini yang baru dibuka Januari lalu saya difahamkan mencatat jualan antara RM90,000 hingga RM150,000 sebulan," katanya.

LKIM juga katanya, akan melancarkan trak ikan bergerak yang lebih moden dan sistematik di Kuala Lumpur dan Selangor tidak lama lagi. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad