web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Projek Rintis SKDS 2.0 Bermula Esok - Armizan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2024 5:38PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DENGKIL - Projek Rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bagi Sektor Pengangkutan Darat (Barangan), yang bermula esok akan melibatkan lima syarikat minyak dan sembilan jenis kenderaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata, kenderaan berkenaan adalah lori kargo am, lori minuman botol, lori sejuk beku, lori luton atau kotak, lori penggerak utama, lori tangki tepung, lori tangki air, van jenis panel dan van jenis window.

Armizan berkata, syarikat pengendali kenderaan terbabit boleh membuat permohonan bermula jam 9 pagi melalui Sistem MySubsidi Diesel KPDN di pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my/.

Menurutnya, terdapat dua peringkat permohonan iaitu dengan KPDN bagi tujuan kelulusan dan syarikat minyak untuk pengeluaran Fleet Card.

"Sebaik sahaja kelulusan diberikan, mereka boleh memohon dengan lima syarikat minyak mengikut pilihan sama ada Petronas, Shell, Caltex, BHP atau Petron," katanya pada sidang media bagi mengumumkan peluasan Projek Rintis SKDS 2.0 dan merasmikan Kedai Kampung Fresh Market Sdn Bhd di sini, hari ini.

Armizan berkata, tempoh kelulusan permohonan KPDN adalah antara satu dan dua hari, manakala proses pengeluaran Fleet Card oleh syarikat minyak dianggarkan dua hingga empat minggu.

"Kita harap kerjasama daripada semua syarikat untuk mula buat permohonan esok supaya kita dapat pastikan Fleet Card boleh digunakan pada 1 April ini," katanya.

Mengenai perancangan masa depan Projek Rintis SKDS 2.0, beliau berkata, KPDN dan Kementerian Kewangan (MoF) sedang meneliti keperluan bagi tujuan peluasan projek rintis itu ke Sektor Pengangkutan Darat (Barangan) lain yang bersesuaian bagi menangani risiko ketirisan dan penyeludupan diesel bersubsidi dengan lebih cekap dan efektif.

"Kaedah digital ini dapat membantu mengurangkan kos kawalan dan penguatkuasaan yang dibuat secara fizikal kerana kita sebelum ini guna tenaga fizikal iaitu dengan kira-kira 2,200 anggota penguat kuasa," katanya.

Pada 1 Februari lalu, Armizan memaklumkan projek rintis SKDS 2.0 bagi Sektor Pengangkutan Darat (Barangan) membabitkan enam syarikat perintis berjalan dalam tempoh dua bulan bertujuan menyediakan mekanisme bagi penyasaran semula subsidi diesel yang dijangka dilaksanakan pada suku kedua tahun ini.

Penggunaan Fleet Card adalah antara usaha kerajaan untuk beralih daripada Sistem Analog Skid Tank kepada Fleet Card dalam memastikan subsidi secara bersasar dapat dilaksana secara bersepadu, selain dapat memastikan kes ketirisan dan penyeludupan pada tahap paling minimum. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar