web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JSJK Kesan Transaksi RM3.8 Bilion Melalui 15 Syarikat, Disyaki Hasil Kegiatan Penipuan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2024 8:36PM

Pengarah JSJK Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf ketika melancarkan Portal Semakmule 2.0 di sini hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) mengesan transaksi pemindahan wang sebanyak RM3.8 bilion ke 43 negara melalui 15 syarikat perdagangan berdaftar di Malaysia, yang disyaki hasil kegiatan penipuan bermula 2021 hingga 2023.

Pengarah JSJK Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pihaknya mengesan kewujudan trend pendaftaran syarikat dan pembukaan akaun bank atas nama syarikat yang disyaki bertujuan dijadikan akaun keldai.

Beliau berkata, taktik berkenaan menjadi pilihan kerana ia membolehkan transaksi kewangan dilakukan secara lebih kerap dan melibatkan amaun yang lebih besar.

"Selain daripada akaun keldai individu, kini wujud pula akaun keldai syarikat yang memberi ancaman kewangan yang lebih besar kerana transaksi yang bertopengkan syarikat melibatkan jumlah wang yang boleh mencecah bilion ringgit. 

"Dalam membanteras kegiatan ini, JSJK melihat kepada keperluan supaya fungsi portal Semakmule diperkasakan dengan menambah satu lagi modul yang menyenaraikan syarikat yang disyaki terlibat dengan kegiatan jenayah komersial.

“Maka lahirlah Portal Semakmule 2.0," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Portal Semakmule 2.0 di sini hari ini.

Beliau berkata, fungsi berkenaan bagi membolehkan masyarakat mengetahui organisasi yang terlibat dengan jenayah komersial dan seterusnya mengelak daripada meneruskan urusan dengan syarikat terbabit. 

"Sejumlah 107 syarikat telah disenaraikan dalam pengkalan data Portal Semakmule 2.0 dan jumlah ini akan terus bertambah dari masa ke masa selaras dengan siasatan yang dijalankan dan kes-kes baharu yang diterima setiap hari.

“Diharapkan, portal ini akan digunakan masyarakat bagi mengelak menjadi mangsa penipuan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ramli berkata, bermula Januari hingga Februari lepas, sejumlah 6,283 kes jenayah komersial direkodkan melibatkan nilai kerugian RM664,591,645.45.

Beliau berkata, berbanding tempoh sama tahun lepas, yang mencatatkan sejumlah 6,544 kes dan nilai kerugian RM265,818,610.44, kes bagi tahun ini telah mencatatkan penurunan sebanyak 4.2 peratus tetapi nilai kerugian mencatatkan kadar peningkatan yang cukup besar sebanyak 150 peratus. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad