web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Maut, 5 Parah Kereta Bertembung Lori Di Sandakan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2024 9:03PM

Keadaan kenderaan yang dinaiki mangsa. - gambar JBPM Sabah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Dua maut manakala lima lagi parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori 10 tan dalam kemalangan di Batu 25, Jalan Sandakan di sini tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Sainkui ketika dihubungi berkata kedua-dua mangsa yang belum diketahui identiti itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan.

Beliau berkata, lima pegawai dan anggota Bomba bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian terletak 38kilometer dari BBP Sandakan dan mangsa yang cedera dikeluarkan lebih awal dengan bantuan orang awam.

"Pihak kami menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 12.53 tengah hari tadi. Lima mangsa yang parah iaitu dua wanita serta tiga kanak-kanak lelaki dihantar ke hospital.

"Selain itu empat individu yang berada di dalam lori iaitu pasangan suami isteri dan dua anak lelaki mereka tidak mengalami kecederaan," katanya.

Severinus berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang parah dikenali sebagai Nurliza Ginting, 29, Emma, 28, Haikal,11, Hasrun, 7, serta Amirul, 4 manakala empat individu yang berada di dalam lori ialah Kamaludin Jaffren, 36, Nurul Hidayah Abd Rahim, 38, Saiffulah Kamaludin, 5, dan Hamrulah, 1 tahun 5 bulan. 

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada 2.18 petang selepas pemeriksaan akhir di kawasan kemalangan dilakukan dan dipastikan selamat. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad